Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 13 August 2011

JAMIL KHIR : ORANG YANG MEMINTA-MINTA ADALAH ORANG YANG TAMAK DAN BOROS!


Jamil Khir merumuskan bahawa kalau kita meminta-minta,kita ni akan dianggap sebagai tamak dan boros...
 
Habis kalau kita hidup dalam kesusahan dengan baru kematian suami yang selama ni jadi punca rezeki keluarga,dan anak-anak yang ramai untuk ditanggung macam mana..?
Kalau ikut Jamil Khir... jangan meminta-minta jugak ler..
 
habis nak makan macam mana..? kalau nak berniaga pun kami kenalah  minta modal sikit..
pandai-pandailah korang...
 
kalau kami mati kebulur..?
takper ler,dah suratan takdir macam tu...
Kak Mah kamu nak bajet tambahan beratus juta ni, kamu apa tahu...?
 
Jamil Khir menasihati Umat Islam untuk menghindari sikap suka meminta bagi memastikan martabat umat Islam sentiasa terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan mereka yang suka meminta-minta sebagai tamak dan boros.

NONE"Contohnya kes di Negeri Sembilan, di mana seorang individu bukan sahaja telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal malah sanggup meminta bantuan dari sebuah gereja di Seremban," katanya...
 
(Jamil Khir ni ingat bantuan JKM tu berapa..? 
biasanya bantuan sekitar RM300 jer sebulan... 
dalam kehidupan masakini mana nak cukup.. 
 
kalau nak bagi bantuan kenapa tak bagi peralatan dan mesin untuk dia berniaga sendiri..? 
agar JKM tidak perlu beri duit setiap bulan... bagi duit sebanyak RM300 sebulan tidak menyelesaikan masalah... sebaliknya kita hanya memanjangkan je masalah tersebut..)

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam di kuala Lumpur malam semalam.

Memberitahu pemberita kemudiannya mengenai larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara semasa subuh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya menghormati 
keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya.

Kadang-kadang yang meminta-minta bantuan tu adalah orang yang sangat-sangat memerlukan..
yang mana jika diberi wang sebanyak RM50 pun,boleh menyebabkan mereka menitiskan airmata...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive