Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

ISU KEPIMPINAN GERAKAN : PETANDA BN AKAN GAGAL RAMPAS PULAU PINANG


Dalam beberapa hari ni... ramai sangat orang dalam Gerakan sendiri menentang kepimpinan Koh Tsu Koon...
mereka tidak mahu Gerakan diterajui oleh Tsu Koon sewaktu menggerakkan usaha menawan kembali Pulau Pinang daripada DAP yang kelihatan sudah selesa dengan program Kebajikan Rakyat mereka di Pulau Pinang...
tentangan itu tidak dipandang sepi oleh Koh Tsu Koon... 

beliau hari ini menempelak golongan yang pertikaikan kewibawaan beliau dalam mentadbir Gerakan dan juga Pulau Pinang satu ketika dahulu...
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Dr Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang.

"Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu...apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya di sini.

Beliau mengadakan sidang media bagi menjawab dakwaan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan sendiri yang dilapor berkata parti itu perlu menyingkirkan pemimpin lapuk termasuk presidennya jika benar-benar mahu menawan kembali Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Dr Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.

Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menegaskan tidak akan berdiam diri jika terus 'diserang'.

"...kita senyap kerana menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi dan membantu masyarakat harmoni serta memperbaiki sistem politik dalam sistem pilihan raya umum, sekiranya ada serangan lagi kami akan serang balik, tidak akan berdiam diri," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Dr Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk :-
  1. bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, 
  2. Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, 
  3. serta Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim 
mereka semua ni berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Kalau dah geng sendiri pun menolak kepimpinan Gerakan... apakah kita sebagai rakyat mahu menerima mereka ni pulak...?

tak payah ler... Gerakan dah terbukti hanya pentingkan kedudukan pemimpin mereka saje..
kekalkan DAP...lagi pun DAP dah terbukti melakukan kerja sebagai pemimpin kerajaan negeri tanpa mengira warna kulit...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive