Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

ISU GEREJA : TV3 FITNAH LAGI DAN HASSAN KEKAL EXCO


kah..kah..kah..
TV3 ni bengong betul ler...

ada ker dia kata PAS tak puas hati dengan penjelasan Hassan Ali mengenai isu gereja...

alasan Tv3 kata macam tu..?


alasan TV3 berkata macam tu adalah kerana...
PAS kata nak jumpa dengan pihak gereja dan JAIS...

jadi TV3 terus andaikan bahawa PAS tidak puas hati dengan penjelasan Hassan Ali..

apa ke bengong ler TV3 ni...

kan ke Hadi dah bagitahu masa sidang akhbar tadi..
Hadi kata , 
"kita kena adil.. kita kena jumpa dan dengar penjelasan semua termasuk gereja dan JAIS..."


korang rasa TV3 ni mudah salah faham ker atau memang susah nak faham...?

Kalau cara Islam memang macam tu.. 
kena dengar semua pihak,baru boleh jelas dan dapat menilai dengan adil... 
tak timbul langsung isu tak percayakan pada Hassan Ali...

mungkin TV3 ni kurang faham cara Islam kot...

dalam sidang akhbar itu juga Hadi berkata Hassan Ali kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri...


PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan Ali merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”
 Hassan akan terus jadi Exco - Hadi

“Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan kita mempunyai masalah dengan Hasan Ali... 
kemungkian dah banyak,

ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

“Beliau (Hassan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hassan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hassan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.
 
Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hassan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan pada malam tersebut.

Isu ni kalau semua pemimpin berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan,ianya takkan jadi besar dan panjang...


semua perkara berlaku ada sebabnyer....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive