Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

ISU GEREJA : PENJELASAN JAIS


Jais: Kami tak serbu, hanya ‘pemeriksaan untuk pastikan kehadiran Muslim’


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.”

Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.

“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.

“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah, pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

Beliau juga menegaskan pihaknya telah membuat rundingan dengan penganjur, di luar dewan dan telah meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.

“Jais menegaskan bahawa rundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya Jais membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan-tohmahan liar semata-mata.

“Bahkan Jais telah meminta izin masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam,” katanya.
Tegas Marzuki, tiada sebarang bentuk kekasaran dilakukan oleh pihaknya sepanjang melakukan pemeriksaan dijalankan.

“Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Jais pada malam itu.
“Jais merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang mengatakan pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh pegawai penguatkuasa Jais,” katanya.

Tambah beliau, selepas majlis makan malam muhibah itu selesai baru pihaknya dibenarkan membuat pemeriksaan di dalam dewan pada pukul 11 malam.
“Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja pegawai penguatkuasa Jais dan polis telah diarah keluar daripada dewan oleh penganjur.

“Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Jais dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, Jais dan polis tidak menggunakan kuasa menahan penganjur atau membuat tangkapan,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak seminggu lalu selepas Jais melakukan serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Marzuki juga mengesahkan seramai 12 individu beragama Islam hadir dalam majlis itu dan hanya diambil butiran dan diminta hadir ke sesi bimbingan dan kaunseling.

2 comments:

  1. "Tiada kekasaran olih Jais" ... najib ade juga kata semasa membuat press conference "there is no man-handling in Bersih" .. tapi kita tahu ape yg sebenarnya berlaku .. bila berbohong telah menjadi satu amalan, bila kita bercakap benar pun org susah nak percaya - tak percaya lagi dah ...

    ReplyDelete
  2. betul jugak tu...
    kalau selalu berbohong... last2 bila kita cakap yang benar pun orang akan pertikaikan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive