Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 2 August 2011

IKLAN MEDIA PRIMA TIMBULKAN KONTROVERSI DITARIK BALIK



Walaupun tindakan tu boleh dianggap sebagai  gentleman,tetapi aku dah naik menyampah bila si pembuat iklan ni kurang faham akan sensitiviti masyarakat dalam malaysia ni...

menyampah bukan sebab apa,tapi sebab dah banyak kali macam ni,dulu kes iklan raya disekalikan dengan krismas.. pun last-last tarik jugak iklan tu... kalau boleh kaji ler dulu agar tak sentuh sensitiviti mana-mana pihak...

Media Prima Bhd hari ini memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ketua pegawai operasi Media Prima Ahmad Izham Omar (gambar) mengumumkan keputusan itu menerusi Twitter ekoran kritikan pelbagai pihak sejak awal hari ini.

“OK kawan-kawan. Kami menarik balik iklan itu. Terima kasih atas keprihatinan anda,” kata Ahmad Izham dalam mesejnya yang dikeluarkan menerus Twitter pada pukul 3.40 petang tadi.

walaubagaimana pun Ahmad Izham kelihatan seperti mengambil ringan isu ini dengan cuba mengubah topik perbincangan tujuh minit kemudian.

“Dan, sekarang perkara lebih penting ... adakah satu seksyen bunyi hon lebih baik berbanding empat trombon? Atau hanya tiga trombon sudah memadai?” tulis beliau lagi.. macam main-main jer dia ni..

Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.

Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan ‘Cina’ makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.

Umat Islam di negara ini berpuasa sejak semalam selama sebulan.

Itulah jadinya kalau buat sesuatu tidak merujuk dan tidak mengambil kepentingan agama sebelum melakukan sesuatu.

Tadi cuba gak cari video tu untuk di masukkan dalam blog ni... tapi dah takde.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive