Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

IC MERAH DIBERI HAK MENGUNDI : PAKATAN BERI MASA 7 HARI PADA NAJIB


Makin bahaya kita kat Malaysia ni sekarang ooo....
UMNO sanggup jual negara untuk berkuasa... 
dahsyat betul ler...
nasib ler ada Pakatan Rakyat yang menengahkan isu ni... kalau tidak susah le kita nanti...


Salahuddin: Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya.
 PR akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta agar diadakan sidang tergempar Parlimen bagi menyelesaikan Isu berkaitan pengurusan pilihan raya


ISU pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.


Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.



Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.


Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.


“Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen."


“Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita 
 membuat tindakan selanjutnya,” 

kata Salahuddin sambil menambah, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.


Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.


Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.


Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak untuk pastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.


“Kita akan jumpa dengan siapa sahaja untuk pastikan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Tambah Hadi, tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap bertujuan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum ke-13.


“Kita bincang mengenai daftar pemilih yang kita mahu ia dibersihkan terutamanya yang melibatkan pendatang asing, yang mana ia melibatkan jentera kerajaan untuk memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.

elok ler kerajaan ubah cara, jika tak nanti ramai ler "warganegara" yang baru ni akan berniaga...
silap-silap bibik kita kat rumah pun nak berhenti kerja sebab nak berniaga...

tiba-tiba jer bibik kita jadi orang Kuala Kangsar... 
tapi cakap pelat indon.... hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive