Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

IBRAHIM ALI ULAS PENGANALISIS POLITIK - "BOLEH JALAN LAH"


Kah..kah..kah...
bengang je Ibrahim Ali ni bila penganalisis politik Wong Chin Huat,membuat jangkaan mengikut situasi semasa bahawa Ibrahim Ali akan kalah pada PRU13 nanti..

ini ekoran pelbagai isu semasa termasuklah pengaruh Bersih 2.0 pada 9 July yang lepas..

Namun ,Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan.

NONE
Dalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim Ali diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

aku cuma nak tanya Ibrahim Ali jer... 
kau jadi calon lagi ke nanti dalam PRU13...?

kalau ko tak jadi calon memanglah ko takkan kalah...

kalau nak jadi calon sebagai calon bebas memang alamat melingkup ler...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive