Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

IBRAHIM ALI AKAN KEHILANGAN KERUSI PRU13 INI


memang bagus pun...
Ibrahim Ali ni kalu belah BN pun apah tak guna...

kalau belah Pakatan pun tak guna se sen pun...
orang macam ni kena suruh jaga berudu-berudunye jer..

penganalisis politik,Wong Ching Huat berdasarkan perkiraannya ..
beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan...
beliau berkata demikian  pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini..

pada pandangan aku lak,Ibrahim Ali ni memang akan kalah sebelum masuk ke gelanggang...

ye lah... Pas memang takkan ambik dia jadi calon dah..
tak tahu le kot UMNO mengharapkan Ibrahim Ali ni jadi calon dorang nanti...

beliau juga mengatakan, berdasarkan pada kajian beliau...

kesan daripada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang...

besar rupanya kesan Bersih ni...
inilah sebabnya isu Bersih ini cuba di"tenggelamkan" oleh BN dengan memanaskan lagi isu gereja baru-baru ini...

Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat

.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. 

Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive