Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

GEREJA DUMC : 50 ORANG ISLAM.., BUKAN HANYA 12 ORANG?


mana satu yang betul ni..?
12 orang ker atau 50 orang....?
 
semakin terungkai isu gereja ni semakin kita dikejutkan dengan bermacam-macam fakta..
fakta-fakta tu pulak boleh menjadikan kita semakin lapar pulak di bulan puasa ni..

Menurut Presiden IKDDAS Rosdi Long, dianggarkan lebih dari 50 orang Islam dikesan mengikuti program itu namun mereka berjaya melarikan diri.

Belum pun sejuk isu paling kontroversi dalam tahun ni..
iaitu isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan isu murtad didakwa dilakukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), di Petaling Jaya minggu lalu...

kini timbul pula dakwaan penyertaan orang Islam di majlis  itu adalah melebihi angka tangkapan yang dibuat pihak JAIS dan Polis.

Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Rosdi Long dianggarkan lebih 50 orang Islam dikesan mengikuti program itu namun mereka berjaya melarikan diri.

Beliau mendakwa pihak penganjur membantu orang Islam terbabit daripada diperiksa pihak berkuasa dengan memboloskan diri menggunakan pintu belakang gereja tersebut.

Namun pihak JAIS berjaya menahan 12 orang Islam yang kini masih ditunggu memberi keterangan berhubung kejadian malam itu.

“Mereka yang hadir dalam majlis itu dianggarkan lebih dari 50 orang Islam...

Yang berjaya ditangkap ialah 12 orang...
Perkara itu dipercayai berlaku ketika proses perbincangan antara pihak Jais dan penganjur kira-kira sejam. 

Mereka kemudian dilarikan oleh penganjur dipercayai menggunakan pintu belakang gereja terbabit.

“Kesemua mereka dipercayai berumur sekitar 30-an dan mereka datang secara berkeluarga. Ada yang membawa anak kecil dan adik-beradik..."

“Pihak operasi JAIS mendapat kepastian apabila salah seorang peserta yang beragama Islam keluar ke tandas dan apabila diperiksa kad pengenalannya individu terbabit beliau beragama Islam."

“Sedangkan pada awal perbincangan,pihak penganjur mengesahkan tiada orang Islam yang terlibat,” katanya kepada FMT.


Perkara itu turut disahkan oleh satu sumber pihak berkuasa yang mengatakan wujud lebih ramai peserta beragama Islam yang menyertai program makan malam itu, walaupun tangkapan dibuat sedikit.

“Ya memang lebih ramai orang Islam yang hadir majlis pada malam itu walaupun tangkapan dibuat adalah 12 orang,” kata sumber.

Menurut Rosdi selain daripada sikap penganjur yang menyembunyikan maklumat kehadiran orang Islam itu..

elemen lain yang diragui termasuklah nyanyian ‘Allahuakbar’ , ‘Alhamdulillah’,di majlis tertutup sedangkan ia majlis berbentuk kesyukuran.
 
Malah ujar beliau  tempat tersebut merupakan kawasan persendirian dan Jais berhak membuat pemeriksaan.

“Selain daripada elemen tersebut, wujud penampilan urus setia yang hanya dikenali sebagai Sofea, perwatakan dan mukanya seperti Cina tetapi bila dilihat kad pengenalannya beliau adalah Islam. 

Tetapi wanita itu mengaku bahawa tidak mengamalkan tatacara hidup dan amalan Islam. 

Wanita itu turut mengakui bahawa menerima undangan untuk hadir ke majlis itu.

“Itu salah satu penghinaan,sedangkan pada awalnya penganjur menafikan penglibatan orang Islam. Di sini yang kita ragu bahawa wujudnya proses untuk murtad.

“Bagi menghormati majlis, pihak JAIS menunggu program selesai memandangkan ada penglibatan tetamu kehormat atau VIP. 

Maka tidak wujud serbuan atau kekasaran yang ditimbulkan oleh penganjur sedangkan Jais dari awal lagi bertindak dengan penuh tertib,” jelasnya.

Rosdi juga turut melahirkan rasa kesal ekoran kejadian itu berlaku ketika bulan Ramadhan, malah sensitiviti itu tidak dijaga dengan sebaik mungkin.

“Dalam soal ini perlu jaga sensitiviti memandangkan sekarang bulan Ramadhan. Lumrahnya program kebajikan itu boleh didapati di masjid-masjid tanpa perlu meraikan umat Islam di gereja,” katanya lagi.

Dalam pemeriksaan tersebut,pihak JAIS dan Polis telah menemui  kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dan  kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Ia merupakan bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? 

Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Kita perlu sedar bahawa murtad ni bukanlah hanya boleh disahkan oleh Jabatan agama atau mahkamah sahaja...

murtad boleh terjadi jika individu itu mengakui sendiri bahawa dia telah keluar Islam... 
jadi kita sekarang tertanya-tanya,berapa ramaikah yang sudah murtad dinegara ini sebenarnya...


inilah akibatnya selama 54 tahun kita merdeka ni... kita tak pernah nak titik beratkan ISLAM dalam kehidupan seharian kita.. 

kerajaan pulak,menolak perundangan Islam dalam pemerintahan negara..
nak salahkan siapa...?

takkan nak salahkan mat bangla yang pakai baju patriot tu pulak..?

1 comment:

  1. salahkan pas sebab berdakwah hanya untuk undi..mengutip derma tiap kali ceramah bukan menyumbang pada yang perlu berebut tebang balak di kelantan untuk mengejar kemewahan bukan untuk rakyat..menghentam orang yang tak bersetuju dengannya bukan memujuk memaki hamum sebahagian ajaran islam versi pas bukan ajaran islam sebenar..syaitan kawannya lani komunis pula pujaan mereka nauuzubillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive