Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

GERAN 1 JUTA : BN HARUS CONTOHI SELANGOR


sebelum apa2,aku nak tanya...
Korang tahu tak macam mana  duit digunakan untuk membantah pengundi hantu...?

meh aku terangkan secara ringkas...

dalam membuat bantahan...
Seorang pembantah hanya boleh membantah 10 orang pengundi hantu sekaligus, 
(bermakna dalam satu-satu masa hanya boleh membantah 10 orang sahaja)

dan setiap seorang yang kita bantah tu kita kena bayar RM10 kepada SPR... 
(memang bengong ler SPR ni,kita buat aduan,kita bantah,kita lak kena bayar...) 
takper ler itu dah undang-undang dia..

Maknanya seorang pembantah harus membayar RM100 untuk kesemua 10 orang yang dia bantah tadi..
ok selesai satu bab..

bab kedua pulak,andaikata lah orang yang kita bantah tadi tu,orang tu memang wujud,
(mungkin dia pindah tempat atau pun beberapa sebab lain) 

jikalah dia hadir ke SPR dan berjaya membuktikan bahawa dia tu memang pengundi yang sah..

maka si pembantah tadi tu kenalah membayar RM200 kepada SPR,dan SPR pula akan membayar jumlah yang sama kepada orang yang dibantah tadi..

Katakanlah semua 10 orang pengundi yang diragui itu tadi,semuanya hadir dan berjaya membuktikan dia adalah pengundi yang sah..

maka si pembantah kenalah membayar sebanyak RM2000 kepada SPR..(RM200 x 10 orang)

itulah serba ringkas perbelanjaan wang dalam urusan membantah..
itu belum masuk kos pentadbiran,pengangkutan dan juga kertas kerja dan lain-lain urusan lagi.

kerana itulah Kerajaan Selangor memperuntukkan geran RM1 juta bagi membiayai usaha tersebut.

Dewan Pemuda PAS Selangor mengesyorkan Putrajaya agar mengikut langkah kerajaan negeri itu bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Tetapi BN dan SPR bukan sahaja tidak mahu menyokong tindakan kerajaan negeri ini,malah mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan usaha yang baik ini...

namun BN dan UMNO tidak mahu mengeluarkan kenyataan melalui parti mereka.. 
(kerana takut dikatakan tidak sukakan pilihanraya yang bersih)

mereka berselindung di sebalik NGO pro umno,dan NGO-NGO ini membidas tindakan Selangor yang menyediakan geran memfailkan bantahan daftar pengundi baru kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad,antara wakil NGO yang menjadi pak turut UMNO itu ialah  :-
  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, 
  • Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak 
  • Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.
Menurutnya, pengampu Umno takut hendak membuat kenyataan atas nama parti itu kerana orang  yang tidak dapat melihat pun kenal tabiat buruk Umno. 

“Hujah puak pengampu Umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor,” ujarnya.

Tambahnya, mereka akan susah hati jikalau Kerajaan negeri Pakatan Rakyat buat projek untuk kebaikan rakyat., 

tetapi menikus ketika pemimpin Umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin Umno.

Katanya, rakyat tidak mendengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh :-
  1. Balkis, bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir, untuk melihat sama ada terdapat salah laku..
waktu kita dedahkan kesalahan UMNO yang nyata lagi jelas,dorang diam jer...

Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan pula berkata, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan bijak dalam usaha membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR.

beliau berkata “Sepatutnya pihak kerajaan pusat mengambil inisiatif mencontohi tindakan kerajaan negeri Selangor dengan menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada mereka...

bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya yang lebih baik, telus daripada sebarang penyelewengan."

“Kami merasakan ini adalah satu tindakan bijak dan murni kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyemarakkan rasa tanggungjawab rakyat negeri ini...

untuk bersama-sama membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR untuk suku ketiga bagi tahun 2011 daripada sebarang perkara yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu diadakan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

“Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera."

“Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.

Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR... 
(biasalah,takkan dia nak ngaku pulak kan..?)

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Tambah Hasbullah, jentera sayap Pemuda PAS di negeri itu perlu membuat persediaan rapi selain mengambil tindakan proaktif jika terdapat keraguan dalam daftar pemilih yang akan dipamerkan Oktober ini.

“Sebarang kecuaian dan kelekaan di dalam mempastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing dibersihkan daripada unsur-unsur manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan ‘tumbangnya’ pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive