Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 26 August 2011

GAJI MINIMA PENGAWAL KESELAMATAN JANJI KOSONG BN


Gaji minimum pengawal keselamatan hanya mainan wayang politik kerajaan jer ker,...
jika tujuan umumkan pada tahun lepas,hanya untuk gulu-gula dan menyeronokkan hati rakyat baik tak payah...
itu menipu rakyat namanya....

ingatkan selepas dikuatkuasakan pada 15 february 2011,semua pengawal keselamatan dapat gaji minimum RM500 dan RM700 mengikut zon.
tapi kenapa sampai sekarang ni masih belum laksanakan..?
kenapa 150,000 pengawal keselamatan masih belum menerima gaji minimum..?

bagi aku ni nampaknya hanyalah gula-gula dari kerajaan,hanya pandai umum  sesuatu yang kerajaan pun tidak berminat untuk pantau..umum dan lepas tangan..

syarikat dibiarkan bebas samada mahu ikut ataupun tidak.. 
yang jadi mangsa bukanlah orang lain,tetapi rakyat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang bergaji rendah.

mengenai syarikat yang tidak patuh kepada penguatkuasaan gaji minimum ni,Subramaniam menjelaskan,
“Kos mereka akan meningkat 100 peratus malah mungkin lebih hingga 200 dan 300 peratus sekiranya kita menetapkan gaji pengawal keselamatan dibayar sama rata seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

bangang ke apa Menteri Sumber Manusia ni..?
kau yang buat peraturan kau dan kau yang laksanakan penguatkuasaan  gaji minimum pada awal tahun ni,macam mana pulak sekarang kau boleh bagi alasan macam tu..?

kerajaan ni bodoh sangat ke buat keputusan tak bincang dulu dengan syarikat-syarikat keselamatan? 
padahal perkara ini di 'dendangkan" seawal tahun 2010 lagi.. takkan le tak ada kajian langsung sebelum mengumumkan..?

yang aku dengar masalah syarikat keselamatan ni adalah,kerajaan umumkan gaji minimum pengawal keselamatan,tetapi syarikat ni kata, kerajaan masih bayar syarikat ikut tender lama iaitu RM4.00 sejam.. 

itu adalah jumlah yang kerajaan bayar kepada syarikat keselamatan ni mengikut tender lama,syarikat-syarikat ni mengeluh,nak naikkan gaji macam mana,kalau tender masih harga lama..

Gaji minimum pekerja sektor kawalan keselamatan masa ini adalah dalam lingkungan antara RM300 dan RM400 sebulan.. campur elaun dapat berapa jer..? boleh ke dorang hidup selesa pada zaman yang serba mahal ini..?

kenapa kerajaan nak aniaya golongan ini?
pada tahun lepas bila di umumkan sahaja gaji minima sebanyak RM500 dan RM700 (ikut zon) maka bergembiralah semua pengawal keselamatan.. 

sewaktu diumumkan penguatkuasaan pada awal tahun ini,semua pengawal keselamatan gembira, ada yang bercerita kepada isteri-isteri mereka tentang berita yang "menggembirakan itu" 

ada yang cakap pada anak-anak mereka "jangan risau,ayah akan jelaskan yuran sekolah adik nanti" ada juga yang berkata "nanti ayah belikan pakaian baru untuk adik bila ayah naik gaji"

betapa seronoknye mereka ini bila kerajaan umumkan gaji minima itu..
tapi sekarang ni apa sudah jadi..?
harapan tetap tinggal harapan sahaja..

itulah kerajaan yang tidak boleh kita harapkan..

pengawal keselamatan yang bekerja direct dengan kilang-kilang,dan gaji yang dibayar oleh pengilang tak ada kena mengena dengan cerita seram di atas..

3 comments:

  1. Kerajaan sekarang langsung tak perihatin dgn kehidupan Pengawal Keselamatan di seluruh negara. Adakah patut diletakkan RM700 sebagai gaji Maksimum memandangkan kos sara hidup telah meningkat hampir ke 25%? Kerajaan telah menghina mereka dengan meletakkan mereka di bawah aras kemiskinan! Kerajaan juga beranggapan bahawa tanggungjawab Pengawal Keselamatan tidak begitu penting dalam Pembangunan Negara, oleh itu sanggup meminggirkan kebajikan mereka! Sedih mengenangkan hal ini!

    ReplyDelete
  2. Kerja 12 jam sehari 7 hari seminggu tanpa Off day dengan gaji RM 400 cantikkk..........SAPA yg nak membela nasib KAUM ni? Jawapan nya TAK DER SAPA yg amek PORT...
    Kalau betul nak bela nasib PK .. bagi kata dua pada syarikat sama ada nak bayar gaji minimum Rm 700 atau lesen d gantung. Bukan cakap je tanpa tindakan SAPA yg nak peduli.Paling paling ada syarikat yg kata ADA AKU KISAH.....kalau tak boleh buat tindakan jangan cerita KOSONG.

    ReplyDelete
  3. dah tau syarikat cam tu carilah syarikat lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive