Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

FITNAH LIWAT II : NAJIB DAN ROSMAH HADIR TEMUBUAL HARI INI.


Kes fitnah liwat II semakin menjadi panas.... 
Najib dan Rosmah yang pada mulanya tak mahu ditemubual,akhirnya memunculkan diri mereka di mahkamah...

geng dorang si Rodwan pun datang jugak bila tengok bos dorang datang...

mungkin ini terpaksa dilakukan ekoran banyak pihak yang pertikaikan keengganan mereka semua untuk ditemubual.. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan terus ke tingkat tujuh.
 
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri

Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang..

Bagus jugak kerana datang...
mesti dah hafal skrip betul-betul dah tu..
kah..kah..kah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive