Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 17 August 2011

FELDA PINJAM 6 BILION : ANAK MINTA KERAJAAN JAWAB



Aku musykil gak...
duit raya yang diumumkan hari tu untuk semua peneroka felda sebanyak RM400 satu keluarga tu..
 
guna duit hasil keuntungan Felda ker atau pun duit yang di pinjam dari KWSP..?
 
Kalau duit tu diambil dari duit KWSP tak payah le nak bangga dan kecoh satu "kampung"...
 
ibaratnya pinjam duit kawan,lepas tu belanja kawan tu balik sambil mengharapkan kawan tadi tu berasa bangga dengan kita kerana belanja dia makan guna duit dia sendiri...
 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh sehingga Aidilfitri kepada Putrajaya membuat penjelasan berhubung pinjaman RM6 bilion dibuat Felda daripada KWSP.
 Pengerusinya Mazlan Aliman menegaskan, sekiranya gagal pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mazlan menunjukkan salinan laporan terhadap Felda

“Felda meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion namun sehingga kini Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai perkara ini walaupun kita telah mebuat laporan polis untuk menyiasatnya. (TMI)

“Tapi malangnya sehingga hari ini kita masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Datuk Ahmad Maslan dan apa yang membimbangkan adalah sekiranya RM6 bilion ini disalurkan secara tidak berhemah dan akan memberi implikasi dan igauan buruk kepada warga peneroka,” katanya pada sidang media di sini.

“Sekiranya tiada penjelasan sampai Hari Raya Aidilfitri, selepas hari raya nanti kita akan buat laporan kepada SPRM supaya siasatan terperinci dibuat berhubung pinjaman RM6 bilion.

Kita akan namakan beberapa individu termasuk 
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 
  • Ahmad Maslan, 
  • Pengerusi Felda (Tan Sri Isa Samad) dan 
  • Ketua Pengarah Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab,”
Sebelum ini, Mazlan meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada KWSP, dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.

“Ketika ini Felda berdepan dengan siri saman di seluruh negara dan jumlah itu semakin meningkat sehingga peguam-peguam kita seolah-olah tidak menang tangan melihat keghairahan peneroka yang mahu memfailkan saman.

“Dalam pengalaman saya selama 15 tahun dalam isu Felda, inilah saat gelombang apabila peneroka memfailkan saman terhadap Felda dan bagi saya ini sesuatu yang tidak baik kepada reputasi Felda,” katanya.

Si Kaki rasuah dapat 6 bilion untuk agensi dibawah pentadbirannya...
agak-agak korang apa dia akan buat...? 
kah..kah..kah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive