Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 13 August 2011

FAKIR MINTA BANTUAN GEREJA : SHARIZAT MARAH ORANG SALAHKAN JKM


Sharizat dengan gaya tudung yang bukan macam tudungnya tu telah menempelak rakyat yang salahkan kerajaan jika bantuan tidak sampai kepada golongan orang susah...


Sharizat berkata... 
"Mana bekas suami..? 
ahli-ahli keluarga..? 
anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan.
Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)."

Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak
tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.
Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

Jangan salahkan kerajaan…selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau
berpisah,” katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.


Alahai macam tu sikap pemimpin kita dalam menangani golongan susah kan..?
aku teringat kisah dua orang sahabat Nabi ni...


KISAH ABU BAKAR :
Abu Bakar RA. semasa menjawat jawatan sebagai khalifah, beliau biasa mendatangi salah seorang warganya di luar kota Madinah. 
 
Orang itu adalah perempuan tua miskin, janda dan buta. 
 
Abu Bakar menyapu rumahnya, memasak makanan untuknya dan memerahkan susu kambingnya.
  Suatu hari Umar bin Khattab RA mengikuti dari belakang. Setelah Abu Bakar pergi dari rumah perempuan tua itu, 

Umar masuk dan bertanya,  
 “Siapakah engkau?”

Perempuan itu menjawab,  
“Aku hanyalah wanita tua yang malang dan menderita. Suamiku telah lama tiada dan tiada yang menghidupi saya setelah Allah kecuali orang yang baru keluar tadi.”


Umar bertanya lagi, 
“Kamu mengenalinya?”  

Perempuan itu menjawab, 
“Tidak. Demi Allah aku tidak mengenalnya.”

”Lalu apa yang dia lakukan?”, Umar bertanya lagi.  

“Menyapu rumah, menolong memerahkan susu kambing dan membuatkan makanan.”, jawab si perempuan tua itu.

Mendengar jawapan dari perempuan tua itu, 
Umar pun terduduk dan menangis.  





KISAH UMAR AL KHATAB:

Sudah menjadi kebiasaan Umar ibn Khattab sewaktu memegang jawatan Khalifah, di waktu malam beliau akan meronda keliling kota dan kampung untuk melihat secara langsung keadaan rakyatnya..

Suatu malam, Umar mendengar tangisan kanak-kanak dari sebuah pondok yang sangat sederhana. Lalu Umar menghampiri pondok tersebut dan mencuba untuk melihat apa yang terjadi.


Umar bertanya tentang kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu bahawa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. 
 
Apabila anaknya menangis ingin makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa biji batu ke dalam periuk. 
 
Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.
 
Setelah mendengar kisah hidup wanita yang menyayatkan hati itu...
Dalam kegelapan malam, Umar berjalan menuju ke Baitul Mal (tempat menyimpan kekayaan negara) lalu beliau mengambil sendiri beberapa karung gandum dan dipikulnya untuk dihantarkan ke pondok wanita itu.
 
Salah seorang pekerja bawahannya yang melihat beliau memikul karung gandum itu cuba meminta Umar untuk menyerahkan karung itu untuk dibawakan. 
 
Namun Umar berkata, "Mahukah engkau nanti memikul dosa-dosaku di akhirat?" Mendengar perkataan Umar, lelaki itu tidak berani untuk membantu sang khalifah.
 
Sampai di pondok wanita itu, Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya...
Beliau mengambil sedikit gandum dari karung tadi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya.

Tapi kalau kita tengok kerajaan kita sekarang ni...
pemimpin ambil remeh saja masalah kehidupan rakyat bawahan...
 
kalau kita pertikaikan kenapa bantuan kepada rakyat bawahan masih ramai yang tidak dapat...

mereka akan marah balik rakyat seperti yang dilakukan oleh Sharizat ni...
bagi mereka jawatan mereka hanyalah untuk bermegah-megah dengan manusia yang lain...

apakah nanti mereka tidak takut disoal oleh Allah akibat mereka tidak menjalankan amanah mereka itu..?

2 comments:

  1. mengalir air mata saya membaca kisah Khalifah Abu Bakar...syabas blogger..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Anak-anak kita sekarang jauh dari sejarah islam. mereka tidak kenal siapa abu bakar, umar alkhattab dan lain2. jauh sekali untuk menelusuri sirah dan mencintai para sahabat. saya menyokong jalan kebenaran. siapa yang berada dijalan kami, dia akan kami serahkan tanggungjawab memimpin kami. ayuh anak muda, kembali ke jalan yang diredhai Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive