Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

ELAK DITIPU : PENEROKA PERLU DAPATKAN KUNCI KIRA-KIRA DARI FELDA



Ada peneroka yang berhutang sehingga RM95,000 termasuk pinjaman sara hidup... 
apa ke jadahnya ni....?

PETALING JAYA: Biro Felda dan Orang Asal PKR menasihatkan peneroka-peneroka Felda mendapatkan maklumat mengenai kunci kira- kira dari agensi kerajaan itu sejak dari tarikh ladang mereka ditebang untuk tanam semula supaya mereka tidak ditipu.
 
Pengerusinya, Suhaimi Said berkata, setiap kos hendaklah diambil kira sehinggalah ladang mereka mengeluarkan hasil.

“Kemudian, selepas tahun ketiga iaitu selepas ladang mereka mengeluarkan hasil, dilengkapkan dengan kunci kira-kira yang telus....

Berapakah pendapatan bulanan mereka dan berapa pula kos yang ditanggung oleh Felda.

“Dengan kunci kira-kira yang bersih dan telus ini akan dapat menentukan jumlah pendapatan peneroka dan jumlah kos yang ditanggung oleh Felda,” katanya.

Suhaimi berkata, dalam dialog di antara Biro itu dengan peneroka Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan, pada 30 Julai lalu seorang peneroka mengadu mengenai mekanisme pengiraan hutang peneroka yang dibuat oleh Felda.

Peneroka terbabit mengemukakan penyata hutang tanpa penyata kira-kira yang lengkap yang menyebutkan hutangnya kini hampir mencecah RM95,000.


“Beliau tidak puas hati dan tidak faham bagaimana hutangnya boleh meningkat begitu tinggi.

Menurut beliau, dalam tempoh tiga tahun pertama semasa proses tanam semula dijalankan, mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan dan Felda telah menyediakan elaun sara hidup yang dikira hutang.

(inilah yang perlu kita tahu... sebab ramai orang tidak tahu pasal ini...)

“Untuk kerja-kerja tanam semula itu, beliau menyatakan bahawa Felda telah menggunakan wang yang terkumpul hasil dari caruman darinya sebanyak RM17,000 yang disimpan oleh Felda dan Felda juga menggunakan wang ses dari Risda.

“Apabila tanaman mereka (getah) mula mengeluarkan hasil setelah tempoh tiga tahun, mereka diberikan elaun sara hidup yang dikira hutang sebanyak RM1,500 sebulan,” katanya.

Suhaimi mendakwa, ramai peneroka menanggung hutang yang besar dengan Felda termasuk dengan jumlah yang tidak munasabah.

Katanya, pendapatan yang diperolehi seorang peneroka yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri sebenarnya adalah jauh lebih tinggi lagi.

“Setelah tiga tahun selepas ditanam, peneroka yang menanam sendiri itu boleh mendapat tidak kurang dari RM2,000 sebulan....

dan apabila pokok sawitnya menjadi lebih matang, pendapatannya meningkat dari masa ke masa...
apatah lagi apabila harga sawit meningkat tinggi sekarang ini.

“Peneroka bersendirian itu boleh memperolehi pendapatan hingga melebihi RM8,000 sebulan dan beliau tidak menanggung sebarang hutang,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive