Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 10 August 2011

DR. UTHMAN,BILA MAHU BERDEBAT..?


Aku memang dari dulu lagi kurang bersetuju dengan pendakwah bebas Dr.Muhammad Uthman El Muhammady ni...

kalau korang nak tahu kenapa aku tak berapa nak setuju dengan dia,korang gi jumpa dia..
korang tanya kat dia kenapa malaysia ni tak buat hukum hudud...

nanti dia akan bagi hujah 1000 muka surat kenapa kerajaan tak buat hudud... dia lebih suka bagi hujah tak nak buat hudud dari membincangkan cara bagaimana nak laksanakan hudud...

dia ni adalah ustaz  UMNO.... 
Dr.Muhammad Uthman El Muhammady
korang tak percaya cakap aku korang tanya le bab hudud ni kalau jumpa dia,....

terbaru, dia memberikan kenyataan "mengaitkan" keganasan dan kesesatan dalam
beragama dengan fahaman wahabi..

aku tidaklah sokong wahabi ni 100%..
ada yang betul dan ada juga yang kurang sesuai...

tetapi aku juga tahu bahawa dalam urusan agama, kita ada pandangan 4 mazhab untuk menjalani urusan seharian.. 
dan khilaf ulama' adalah satu rahmat dan baik buat kita...


disebabkan kenyataan Dr. Muhammad Uthman El Muhammady itu,Mufti Perlis telah menghantar surat jemputan untuk berdialog... dan dibalas oleh Dr. Uthman dengan pelbagai syarat...

(elok juga diadakan dialog ni.. baru kita faham apa itu pandangan-pandangan di dalam mazhab)

“Kami sudah beri cek terbuka, kami (tetap) menanti kehadiran beliau.”
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya
Demikian respons Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung laporan terbaru semalam menyebut pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady tidak menolak pelawaan Juanda agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi baru-baru ini.

“Kami sudah beri beliau peluang untuk menjelaskan pasal dakwaan beliau (tentang isu Wahabi) pada bulan Ramadan ini, masih ada masa... bila-bila sahaja. 

Ada lagi 21 hari (dalam bulan Ramadan). Saya berharap beliau akan datang dan memberikan penjelasan secara intelektual mengenai isu Wahabi,” kata Juanda.

Menurut laporan semalam, Uthman dipetik berkata beliau mahu dialog yang disyorkan itu tetapi perlu diadakan secara tertutup.

“Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata Dr. Uthman.


Dalam laporan kelmarin, Juanda berkata mesej surat balas Uthman menunjukkan pelawaan itu telah ditolak kerana ada banyak syarat, yang menjurus ke arah itu.
Mengulas lanjut pendiriannya, Juanda berkata, surat jawapan yang dibalas Uthman Jumaat lalu dengan jelas menunjukkan beliau telah menolak pelawaan Jabatan Mufti Perlis agar datang ke Perlis untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu.

“Dalam surat balas beliau, Dr Uthman meletakkan syarat-syarat jika mahu diadakan dialog, yang menunjukkan beliau seolah-olah menolak pelawaan kami.. apa yang kami harapkan ialah Dr Uthman akan terima pelawaan kami, datang ke Perlis dan memberikan penjelasan,” kata beliau.

Juanda tidak berkongsi kesemua syarat yang digariskan oleh Uthman, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa, dalam surat balasnya.

“Saya tidak mahu mendedahkan kandungan syarat-syarat yang beliau letakkan,” katanya.
Bagaimanapun kata Juanda, antara lain Uthman mengatakan bahawa:-
  1. pertemuan yang dihasratkan hanya boleh dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan MKN sendiri.
  2. Dr. Uthman sendiri yang akan menentukan siapa peserta.
  3. Dr. Uthman yang akan menentukan apa yang perlu diumumkan kepada umum hasil perbincangan jika diadakan.
(banyak benor syaratnye... baik kata tak nak dialog jer.. kan senang...)


“Ini seolah-olah beliau jadi hakim, peguam, menentukan tuduhan dan menjatuhkan hukuman... sekarang Jakim dan MKN sudah menjelaskan bukan pihaknya yang mendakwa wujud kesesatan dan keganasan yang turut membabitkan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

“Selepas Jakim dan MKN sudah menjelaskan tentang isu Wahabi, amat jelas... sudah jelas bahawa ada satu dua individu yang boleh menentukan hala tuju iaitu siapa yang menjadi pengganas dan penyesat,” kata beliau lagi.

“Kami bimbang ada pihak yang kecelaruan minda akan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan,” kata Juanda dengan menekankan perkembangan semasa boleh mengganggu hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Riyadh.

Juanda juga melahirkan optimis bahawa pertemuan yang disyorkan dengan Uthman masih boleh diadakan tanpa melibatkan orang tengah termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Abim berkata pihaknya bersedia untuk menjadi orang tengah dan pemudahcara dalam isu membabitkan Juanda dan Uthman.

“Kita bukan berbalah, kami masih boleh bersemuka dengan Dr Uthman, bukan kata hubungan kami sudah terputus. Jadi tak perlu orang tengah. Kami berharap Dr Uthman sendiri yang datang dan kami boleh berbincang,” kata Juanda lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive