Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 3 August 2011

DR. SUBRAMANIAM : DAWAMA TARIK BALIK ARAHAN CUTI TANPA GAJI


Menurut Kementerian Sumber Manusia..
Dawama setuju untuk menarik balik arahan cuti tanpa gaji selama sebulan,dan bersetuju pula untuk bayar gaji minimum 12 hari...
 
bagi aku ini semua belum cukup untuk para pekerja seramai hampir 400 orang itu untuk menarik nafas lega dan tersenyum..
 
kerana pada bulan ini adalah bulan yang sangat penting kepada semua orang Islam,memandangkan hari raya puasa bakal menjelang tiba tidak lama lagi..
 
Kementerian  Sumber Manusia memberi jaminan kepada sekitar 400 pekerja,  bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.

Menterinya Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Wakil kesatuan telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja di Putrajaya semalam.
Tengah hari tadi mereka mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menyifatkan tindakan Dawama sebagai tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang buruh dan wajar diberi kerja selama 12 hari dalam sebulan.

Oleh itu kata menteri, Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, kata Dr Subramaniam dipetik Bernama Online selepas mesyuarat pasca-Kabinet di Putrajaya hari ini.

pemberhentian sementara ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh para pekerja di bulan Ramadhan  ini,ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada syarikat percetakan yang berurusan dengan DBP,kerana perniagaan dengan DBP sentiasa ada sepanjang kontrak 12 tahun mereka.

Dr.Subramaniam berkata surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik.

“Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka,” kata beliau.

Katanya lagi, “dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP.”

Wakil Dawama tidak hadir dalam pertemuan semalam itu, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Zainal Awit kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada sekitar 400 pekerjanya berkuat kuasa kelmarin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan...

yang didakwa berpunca daripada kemungkiran di bawah konsesi 2002 dengan DBP.
Konsesi itu hanya akan berakhir pada 2014.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.

“Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa,” katanya.

Dalam kenyataannya, Zainal berkata Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja mendapati tindakan Dawama adalah salah dan tidak boleh membiarkan pekerja bercuti tanpa gaji buat selama-lamanya.

“Jabatan berpendapat majikan mesti beri hari kerja berbayar minimum 12 hari,” katanya.

Dalam pertemuan hari ini dengan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Zainal berkata beliau telah memberi jaminan akan membawa isu mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kami meminta kerajaan menyelesaikan masalah ini memandangkan kami merupakan bekas kakitangan awam dan diberi peluang menyertai penswastaan fungsi DBP.

“jadi kerajaan mesti menyelesaikan masalah kami. Itu janji mereka dulu bahawa jika ada masalah, ia akan diselesaikan,” kata beliau yang turut berharap kerajaan akan membantu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pencen bagi mereka yang sudah menghampiri usia persaraan.

inilah yang akan berlaku apabila perniagaan diserahkan kepada kroni... bila berlaku masalah masing-masing tak mahu mengalah dan masing-masing nak tunjuk kuasa,akhirnya pekerja yang mempunyai tanggungan yang besar yang menjadi mangsa kepada keadaan...

malaysia ku....
alahai....
Mat sembab... buat kerja sikit..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive