Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 2 August 2011

disembunyikan hampir setahun kini 8 pegawai imigresen dibebaskan..



lepas bebas ni... akan ada dakwaan tak...?

Semalam menteri senyum (Hishammuddin) memutuskan membebaskan 8 pegawai imigresen yang ditahan di bawah ISA pada tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.



Menteri senyum berkata, pembebasan lapan pegawai terbabit dilakukan secara berperingkat dan untuk permulaan tiga daripada mereka dibebaskan pada hari ini manakala selebihnya dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan kesedaran dan keinsafan di atas kesilapan yang dilakukan selain berjanji tidak mengulanginya lagi.

"Mereka juga telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis dalam membantu memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini.

"Penahanan mereka di bawah ISA dibuat selaras dengan pendirian kerajaan mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam," kata menteri senyum dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Menteri senyum, penahanan itu juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat dari dalam dan luar negara bahawa Malaysia komited dalam memerangi aktiviti penyeludupan manusia.

walaupun telah di ISA kan....
dakwaan perlu dilakukan
ramai lagi yang akan ditangkap jika perbicaraan dilakukan..
bukannya menahan mereka tanpa bicara..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive