Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

DAWAMA KELUAR KENYATAAN LAGI SALAHKAN DBP,DAKWA DBP PUNCA RUGI


Apa nak jadi ler dengan orang-orang bangsawan kat negara kita ni...

dorang tahu nak tunjuk hero dorang jer...

yang para pekerja gaji kecik,ada tanggungan ramai dan banyak hutang keliling pinggang yang disuruh bercuti tu,apa ler nasib dorang nanti...

saje jer nak panaskan isu, maka suruh 380 pekerja yang tak berdosa dan tak bersalah supaya bercuti di bulan puasa..
jadi kes ni boleh jadi isu negara ler..
mana duit untung selama ni..?

kalau betul tak ada duit nak bayar gaji pekerja,kenapa tak keluarkan notis dua bulan awal dulu..?

takkan tiba-tiba jer tak ada duit..?
tak ke pelik tu..? 

itu sebabnya aku kata ni sikap kroni yang masing-masing nak tunjuk hero...

tak kira siapa salah siapa betul,baik DBP baik Dawama,kenalah prihatin nasib pekerja yang nak sambut raya tak lama lagi... 

kalau setakat beri gaji 12 hari jer mana cukup...

Dalam kenyataan terbuka pertama.. 
Dawama Sdn Bhd mendakwa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bertindak bertentangan dengan semangat konsesi... 

sekali gus menjadi punca ia tidak boleh beroperasi lagi dan dilanda masalah kewangan. 

Di bawah konsesi 12 tahun, sejak 2002...

Dawama perlu mencetak, mengagih dan memasarkan buku dan majalah terbitan DBP.


Justeru, menerusi satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.. 
Dawama berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan konsesi dengan agensi Kementerian Pelajaran itu.


“Akibat daripada tindakan-tindakan DBP, Dawama Sdn Bhd tiada pilihan lain kecuali mengambil nasihat undang-undang untuk menguatkuasakan hak Dawama Sdn Bhd,” katanya lagi.


inilah antara sebahagian yang menjadi mangsa drama kroni.
Dawama berkata isu semasa memuncak sejak kebelakangan ini akibat tindakan DBP, sejak bulan lalu untuk mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun depan tanpa memberi notis penamatan konsesi.


“Ini dengan jelas adalah satu tindakan melanggar perjanjian konsensi (dimeterai) antara DBP-Dawama pada tahun 2002. Ini telah menjejaskan operasi syarikat,” kata kenyataan itu lagi.

itu jer isunyer... 

isunyer cumalah bengang sebab DBP bagi kerja percetakan pada pihak ketiga...
yang mana DBP mendakwa bahawa kes yang dinyatakan itu terkecuali dan bukan dibawah kelolaan mereka...

jadi tak timbul ler  masalah sampai tak boleh bayar gaji pekerja...
ini cuma mahu buat GEMPAK jer...
tapi... pekerja yang jadi mangsa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive