Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

Dato' Seri Anwar Ibrahim : kenyataan berkaitan MAS - Air Asia.


Perjanjian Pertukaran Saham MAS-Air Asia Menimbulkan Kebimbangan Serius Terhadap Kecekapan Kawalan Dan Tatakelola

Perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia yang diumumkan semalam menimbulkan kebimbangan serius terhadap dominasi AirAsia ke atas MAS serta mengakibatkan kemerosotan persaingan di antara keduanya. Ini seterusnya akan mewujudkan monopoli maya dalam industri penerbangan domestik untuk jangka masa panjang dan juga meningkatkan risiko dan keprihatinan berkaitan monopoli-monopoli, terutamanya dengan penglibatan kroni-kroni dan broker-broker kuasa politik.
Penglibatan aktif Tony Fernandez dalam urusan pertukaran tersebut dan pencadang-pencadang beliau di dalam lembaga pengurusan MAS menimbulkan pertikaian konflik kepentingan memandangkan kedudukan beliau yang bersifat ‘bukan-eksekutif’. Ini jelas merupakan pencabulan ke atas peraturan tadbirurus korporat dan seharusnya tidak dibiarkan berlaku.
Apa yang lebih penting, perjanjian ini menimbulkan persoalan tentang apakah nasib Program Transformasi GLC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan publisiti luarbiasa dan pembaziran jutaan ringgit wang rakyat. Dan adakah kerajaan secara khusus mengakui bahawa kononnya kejayaan pemulihan MAS adalah sesuatu yang sia-sia? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab kerana telah mengelirukan rakyat berkaitan isu ini.
Perjanjian ini juga turut membangkitkan isu asas iaitu ketelusan kerana kerahsiaan di sebaliknya. Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti mesti menyiasat akan kemungkinan berlakunya kepincangan termasuk urusniaga dalaman saham-saham kedua-dua entiti.
Saya khuatir perjanjian ini akan menguntungkan pihak minoriti dengan mengorbankan kepentingan pihak majoriti iaitu kakitangan MAS yang telah memberikan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan kebangsaan dengan penuh dedikasi dan kesetiaan meski pun dinafikan ganjaran bonus selama beberapa tahun.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Parlimen Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive