Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

CINCIN RM24.45 JUTA DAN PAMERAN TERTUTUP YANG TIDAK LOGIK.


banyak keraguan yang timbul dalam isu cincin ini...
sikap diam rosmah pula telah meletakkan satu keadaan di dalam kepala rakyat bahawa...
...dakwaan ini adalah sesuatu yang  benar...

sebab dalam fikiran orang melayu ni...
jika diam itu tandanyer setuju... 
tah saper yang cipta tanggapan tu aku pun tak tahu.. 
tetapi itulah cara orang melayu dulu hingga kini... 
http://berita.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/SPRM-digesa-siasat-cincin-RM73-juta-Rosmah-200x150.gif
Kenyataan-kenyataan bahawa kononnya Kak Mah membeli cincin RM24.45 juta hanya untuk tujuan pameran secara tertutup dan ‘sulit’ adalah sesuatu yang kurang meyakinkan. 
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham 
(Chegubard) berkata..

 jika dilihat kepada sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran adalah pelik jika beliau hanya hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit itu di pameran yang sulit lagi tertutup.


Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam Diraja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun, borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke  atas borang kastam berkenaan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah cincin berlian berkenaan telah dihttp://4.bp.blogspot.com/-4wcLbit0Rh0/TiBJfk36JHI/AAAAAAAAAQY/1GsxZL7qN48/s400/cincin+rosmah+2.jpgpulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpangkalan di New York.



 
Badrul Hisham sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.

Pada 13 Julai lalu, beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung cincin “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand” yang dibeli Rosmah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM... 

sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan. 

Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran tertutup, sebelum dibawa keluar ke Singapura.

Setelah negara dikejutkan dengan pembelian cincin berlian RM24.45 juta membabitkan Rosmah...
pelbagai cara dibuat untuk melenyapkan pendedahan SAMM itu.

Ini termasuk menyatakan tuduhan itu sebagai palsu dan mendakwa berlian tersebut dibawa masuk ke negara ini hanya bagi tujuan pameran yang kononnya sulit pada 17-19 April 2011.

Justeru, satu borang dikeluarkan yang dinamakan K2 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, bagi membuktikan berlian berkenaan dibawa keluar ke Singapura selepas empat hari memasuki negara ini.

Namun, sebuah blog mendedahkan bahawa borang tersebut menimbulkan banyak keraguan, termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Blog yang bernama edyesdotcom.blogspot.com mendakwa, borang K2 itu itu ditandatangani seorang pegawai kastam yang mempunyai nama seakan-akan Perdana Menteri iaitu Abd Najid Razak.

Maklumat yang tertera pada borang itu menunjukkan pegawai tersebut berkhidmat sebagai Penguasa Kastam cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.

Namun menurut blogger itu, pegawai tersebut sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan, Kastam Putrajaya berdasarkan cop yang bertindan pada borang itu.

"tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA,” kata penulis blog itu.

apa yang patut kita fikirkan bersama adalah:-
  1. bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.
  2. status pegawai yang menurunkan tandatangan ke  atas borang kastam berkenaan..tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya telah menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA.
  3. sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam sebaik sahaja laporan kepada SPRM dibuat, (dipercayai untuk mengejas data dalaman.)
  4. sikap diam kak mah,yang tidak mahu menjelaskan isu ini kepada rakyat.
Banyak benor keraguan nyer...
kalau benda yang salah.. 
kita cuba pulak menutupnyer dengan membuat "kisah yang baru", maka kisah yang baru itu akan menimbulkan banyak keraguan pada yang membacanya...

bagi aku kak mah tetap... apa pun tak boleh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive