Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

CHUA SOI LEK MAHU HASSAN ALI MINTA MAAF INSIDEN SERBU GEREJA


Kesian Hassan Ali...
jalan masuk hadapan gereja selepas kejadian tersebut
tapi apa nak buat,perkara dah berlaku..

salah ke tak salah ker.. kita sama-sama tunggu kenyataan dari MB Selangor dan juga dari Parti Pas sendiri..

yer lah bak kata orang "matlamat tidak menghalalkan cara"

mungkin apa yang Hassan Ali katakan itu benar,memang betul-betul ada berlaku untuk memurtadkan orang,cuma disini semua orang pertikaikan cara perlaksanaannya..

Tapi yang bestnya,kawan baik UMNO,iaitu MCA..
melalui presidennya si Chua Soi Lek tu telah membelasah Hassan Ali tanpa dapat dihalang oleh UMNO sendiri...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan.

Dr Chua berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.

"Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," kata Dr Chua dalam kenyataan pada Khamis.


kalau Lim Kit Siang sendiri boleh sabar menunggu penjelasan..
kenapa Chua Soi Lek macam tak sabar-sabar je dah... kenapa macam orang nak terberak sangat tu...?


cuba contohi Lim Kit Siang,
Lim enggan mengulas apabila ditanya sama ia bermakna MCA dan BN harus dipersalahkan berbanding Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan negeri Selangor ekoran serbuan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

“Buat masa ini, kita masih tidak tahu dengan tepat asas Jais mengadakan serbuan, jadi sukar untuk mengatakan siapa yang salah dan siapa yang betul.

“Biar kita tunggu (Menteri Besar Selangor Tan Sri) Khalid Ibrahim membuat kenyataan,” kata beliau.
Kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan kecaman ekoran laporan bahawa Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lalu.

Aku harap MCA boleh belajar daripada DAP tentang semangat muhibbah dan juga antara agama ni...

UMNO...?
Tak mau komen tentang MCA ker..?
tak berani ek..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive