Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 15 August 2011

BUAT KESEKIAN KALINYA NAJIB MENIPU LAGI TENTANG FELDA


Najib ni memang suka membuat cerita karut...
apa yang cuba dilakukan adalah...
dia buat cerita "best" tentang Felda..
Utusan dan Berita Harian siarkan..
orang-orang kampung baca...
dan orang kampung akan rumus sebagai "kerajaan Bagus"

itu dia objektif propaganda yang Najib akan lakukan...

penerangan sebenar..?
penerangan sebenar akan dilakukan oleh akhbar pro Pakatan Rakyat dan juga bloggers..
tapi maklumat yang kita sampaikan akan ditolak tepi oleh orang kampung kerana propaganda Najib tadi dah masuk ke kepala orang kampung tu...

payah nak polishan balik...
paling tidak orang kampung akan katakan "alah..tu paper pembangkang.."

maka terpahatlah maklumat salah dalam kepala mereka  semua...
walaupun kita cuba sampaikan perkara yang sebenar...
seperti penjelasan yang dibuat setiausaha Biro Felda PKR...
Rebin Birham,beliau menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin.


Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta.

Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula.

peneroka saman felda


"Ini kenyataan yang sangat bercanggah. Apa yang nyata peneroka bukan ada pendapatan tapi dibebani hutang," kata Rebin yang menjelaskan bahawa peneroka berkenaan menanggung hutang tersebbut melalui bayaran "sara hidup" yang diterima daripada Felda setiap bulan.

Penyelidik di Sekretariat Task Force Selangor itu juga berkata, peneroka berkenaan akan menerima bayaran tersebut sehinggalah tanaman mereka membuahkan hasil.

Bayaran yang semakin meningkat itu, bermula dengan bayaran RM1,000 sebulan sebagai permulaan untuk tahun pertama, akan terkumpul dan membebankan peneroka apabila proses tanaman semula mengalami kelewatan, kata Rebin lagi.

Jelasnya, bayaran tersebut mula dibuat kepada peneroka sejak tanaman getah atau kelapa sawit ditebang untuk program tanaman semula.

palm oil plantation 111005Ini menyebabkan peneroka terpaksa bergantung kepada pinjaman berkenaan dan ada di antara golongan itu yang didakwa menanggung hutang sehingga RM92,000 – hanya dalam tempoh lapan tahun.

"Jadi macam mana (Najib) boleh kata pendapatan peneroka meningkat? Peneroka yang sebenarnya ada pendapatan sekitar RM3,000 sebulan adalah yang tanam semula secara persendirian...

yer.. yang dapat beribu riban sebulan tu adalah peneroka yang tanam sendiri... bukan dibawah felda.. golongan inilah yang selalu dikatakan berjaya tu...
tapi ingat,mereka buat tanaman semula secara sendiri..
"Peneroka inilah yang sering dikatakan tak kenang budi, yang keluar dari rancangan Felda dan kemudiannya dianaktirikan.

"Kumpulan inilah yang berjaya tapi PM kata peneroka ada pendapatan, ini tak betul," kata Rebin lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Golongan peneroka yang mengambil tindakan untuk menjalankan tanam semula secara persendirian itu bagaimanapun didakwa terus menerima ugutan daripada pengurus Felda dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan masing-masing.
Rebin berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan peneroka 'persendirian' itu semakin berkurangan seperti yang dikesan di Felda Palong 9, Negeri Sembilan.
"Di Palong 9 (Negeri Sembilan) ada program tanam semula melibatkan seramai 250 orang peneroka. Yang tanam sendiri ada 15 orang. Pada permulaannya ada 80 orang, tapi setelah diugut, akhirnya bilangan mereka berkurangan.

felda disaman lagi

"Ugutannya, tidak dapat bantuan sekolah, bantuan hari raya dan insentif tertentu yang ditawarkan Felda...

 Mereka ini kononnya boleh disingkir jadi bila dengar disingkir, dia takut.

"Mereka juga dimomokkan bahawa tidak dapat sara hidup, walhal sara hidup itu sebenarnya hutang," katanya lagi.

Tekanan seperti itu memaksa peneroka mengambil tindakan mahkamah ke atas Felda – sebanyak lapan kes setakat ini termasuk dari kumpulan peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan – yang kebanyakannya dilihat memihak kepada peneroka.

Terbaru ialah kes saman RM344 juta yang dikemukakan oleh 711 peneroka dari tanah rancangan Jengka, berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah melibatkan kadar perahan minyak sawit.

Apa yang korang semua perlu faham adalah.. yang senang dan yang mewah difelda tu adalah mereka yang buat penanaman semula secara sendiri dan bukan lagi dibawah felda yang mana keuntungan buat sendiri ni berlipat kali ganda...

atau mereka yang melakukan 2 ,3 kerja bagi mendapatkan kehidupan yang selesa dan mewah..

kalau penanaman semula dibawah Felda dan tak ada buat kerja lain memang tak akan hidup mewah dan selesa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive