Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

BERSIH 3.0 : TUNGGU RESPONS PUTRAJAYA


Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan berkata pihaknya tidak bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 buat masa sekarang..

sebaliknya mahu menanti respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan yang telah pun diketengahkan.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan, pihaknya mengambil pendirian “tunggu dan lihat” perkembangan terbaru yang akan diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan.

Bersih 2.0 telah mengajurkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, yang disertai ribuan rakyat.

Jelas Ambiga , pihaknya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan yang disifatkan beliau boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan.

“Kita ambil pendirian tunggu dan lihat yang mana kita mahu SPR dan kerajaan mengambil tindakan yang serius dan melaksanakan lapan tuntutan kita.

“Kita tahu ada desakan yang mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan tapi kita tidak pernah membincangkan perkara itu setakat ini... tiada perbincangan dan keputusan,” katanya kepada TMI

Walaupun diasak soalan sama berulang kali namun Ambiga tetap mempertahankan pendirian gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Seperti yang saya katakan kita mahu lihat reaksi SPR dan kerajaan terhadap lapan tuntutan kita.

“Sepatutnya semua tuntutan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terutamanya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, rasuah dan akses media,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR : 
  1. membersihkan daftar undi, 
  2. mereformasikan undi pos, 
  3. Gunakan dakwat kekal, 
  4. akses media yang bebas dan adil, 
  5. tempoh kempen minimum 21 hari, 
  6. diperkukuhkan institusi awam, 
  7. hentikan rasuah dan
  8. hentikan politik kotor.
ada tak dalam 8 tuntutan ni yang bercanggah dengan Islam..?

Isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Selain itu, pemastautin tetap itu juga turut didaftarkan sebagai pengundi.

Namun perkara itu dinafikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendesak Najib memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar serius sekiranya tidak mahu berdepan dengan gelombang Bersih 3.0.

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

kenapa kerajaan liat sangat nak buat 8 tuntutan ni...?
apa yang cuba disorokkan sangat tu..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive