Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 13 August 2011

BERSIH 2.0 vs RUSUHAN UK : TIMB. MENTERI SANGGAH NAJIB


Saya tidak setuju samakan Bersih 2.0 dengan rusuhan London

"Saya tidak setuju samakan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London"
Itulah kenyataan bergaya Timbalam Menteri Pengajian Tinggi yang menyanggah kenyataan Najib yang cuba menyamakan Bersih 2.0 dengan rusuhan di UK....
untuk itu aku ucapkan Syabas kepada beliau...
 
Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain baru-baru ini.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu.

“Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Semalam Najib kata langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Kata Najib, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman... (bangang benor dia ni yer...)

Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England.

Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama.

Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu.

Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman.

“Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga cuma menggunakan istilah yang berlainan,” katanya.

Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa,” katanya.

Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu.

kah..kah..kah...
kelekuk sedas kat dahi najib.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive