Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

BERSIH 2.0 : PELAJAR MESIR YANG DIBUANG DAPAT PEMBELAAN PAS



Korang ingat tak dulu sewaktu BERSIH 2.0 dilakukan,ianya telah berlangsung diseluruh dunia.. dilakukan oleh rakyat malaysia dan juga aktivis dari serata dunia dan juga tidak ketinggalan pelajar kita diseluruh dunia...

namun,seorang pelajar kita di Mesir telah diberikan notis pembuangan dari Universiti dengan alasan menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0

tak ingat...? meh sini aku bagi gambar brader tu...

Ok,nama brader yang berani ni adalah Firdaus Mazlan, pelajar tahun akhir Syariah Islamiah Al-Azhar...
dia ni lah yang kena buang tu...
tapi apa yang aku respek dengan Pas ni adalah mereka sanggup turun ke Mesir bagi membela brader ni....

Pas telah berjumpa dengan Duta  Malaysia di Mesir,dan hasil daripada perjumpaan dan perbincangan tersebut,telah membuahkan hasil yang baik demi masa depan pelajar tersebut, Kedutaan  memberi jaminan akan menyelesaikan isu pembuangan tersebut.
 
Pada awal bulan ini, Ahmad Zamri dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan telah mengadakan lawatan ke Mesir untuk menemui penuntut itu Firdaus Mazlan, pelajar tahun akhir Syariah Islamiah Al-Azhar yang dibuang kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ratusan penuntut lain.

Difahamkan penuntut yang berasal dari Selangor dibuang tanpa sebarang notis bertulis dan alasan yang diberikan oleh pengurusan Universiti Al-Azhar “kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0.”

“Kita telah ke sana (Mesir) pada 2 Ogos lalu, isu ini berlaku rentetan daripada Himpunan Bersih 2.0 yang mana seorang penuntut kita telah dibuang daripada pengajian dan kita ke sana untuk menyiasat perkara ini.

“Kita juga telah berjumpa dengan Duta Besar Malaysia di Mesir, hasil pertemuan itu membuahkan hasil yang positif yang mana pihak kedutaan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi membolehkan penuntut ini meneruskan pengajian,” kata Ahmad Zamri pada sidang media di sini.

Beliau menambah, pihaknya juga telah meminta Firdaus untuk menghantar surat kepada Kedutaan Malaysia sebelum perbincangan diadakan dengan pengurusan Universiti Al-Azhar.

Jelas Ahmad Zamri, selain Firduas terdapat ramai penuntut lain yang turut dikenakan tindakan termasuk dibuang asrama dan disenaraikan hitam daripada mengambil peperiksaan akhir.

“Hanya kerana menganjurkan dan menyertai Himpunan Bersih 2.0, di Mesir mereka hanya berkumpul dan mengambil tandangan sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak sampai 15 minit pun.

“Mereka juga tidak memberikan ucapan, hanya 15 minit dan mereka tidak menerima notis bertulis...hanya secara lisan,” katanya.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan menyelesaikan isu hampir 50 penuntut Malaysia di Mesir dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sebagai langkah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Selain Malaysia, perhimpunan sama turut diadakan di beberapa buah negara sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 termasuk Mesir. 

Syabas rakyat negaraku yang tercinta ini....
kalian memang berani.... 
aku sebagai insan yang kerdil sangat-sangat berbangga dengan kalian semua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive