Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 16 August 2011

BERSIH 2.0 MAHU DAKWA SPR DI MAHKAMAH



Spr hanya mahu memainkan watak-watak yang telah ditulis skripnye oleh UMNO.. 
penegasan SPR dalam isu biometrik adalah antara petanda jelas bahawa SPR hanya berusaha untuk memenuhi kehendak UMNO... 

Kenapa UMNO beriya-iya mahukan biometrik yang jauh lebih mahal dari dakwat kekal,aku pun tak faham..

adakah kerana biometrik dapat memberikan perniagaan kepada taukey-taukey tertentu atau pun Biometrik sememangnya jalan keluar kepada kemenangan BN pada PRU13 nanti..

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.

"Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya.

"Tetapi ini bukan kesilapan pengkeranian ... jadi saya tidak pasti apa undang-undang yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang mereka kata mereka lakukan setiap hari."

Ambiga merujuk tindakan SPR yang mengeluarkan nama-nama 'pengundi klon' daripada daftar pemilih setelah didedahkan oleh Malaysiakini.

Pengundi klon merujuk kepada orang-orang yang mempunyai dua catatan dalam daftar pemilih, berdasarkan nama yang sama tetapi dengan nombor MyKad yang berbeza.


Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.

Sebelum ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan bahawa isu dua identiti berkenaan adalah kerana kesilapan manusia apabila nombor MyKad yang dimasukkan ke dalam sistemnya.


Bagi menangkis dakwaan bahawa terdapat 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan mengeluarkan 12,000 nama pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas. (M/kini)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive