Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

BERSIH 2.0 : JIKA MAT SABU SAMAN,SUHAKAM TIDAK BOLEH SIASAT ADUAN


Bersih 2.0 masih belum lagi berakhir...
isu-isu lanjutan akibat dari keganasan polis masih lagi disiasat...

UMNO jangan lah harap isi Bersih 2.0 ini akan reda dengan isu gereja....


KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.
Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.
Kata beliau, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan prosiding inkuiri awam dijangka diadakan awal Oktober.

(lambatnyer dorang nak kumpul maklumat dan bukti yer...) 

Mohamad sebelum ini memutuskan untuk menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa dalam perjalanan menuju ke ibu negara dengan membonceng motosikal.
Beliau juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada polis kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan yang mengakibatkannya terpaksa menjalani pembedahan.
“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.
“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada TMI.
Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar...
“Kita memang tidak boleh siasat kalau dah bawa ke mahkamah, kalau nak kami siasat beliau (Mohamad) tangguhkan dulu.
“Selepas siap inkuiri awam... 
beliau boleh saman... kalau beliau saman sekarang kita tidak boleh panggil beliau memberikan keterangan,” katanya.
Bagaimanapun tambah Mohamad Sha’ani, pihaknya tidak menghalang sekiranya Mohamad mahu berbuat demikian.
“Ia terpulang kepada beliau, kita tiada masalah,” katanya.
Sementara itu Mohamed Hanipa pula berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan inkuiri awam Suhakam keluar.
“Kita akan tunggu, lagi pun kita bukan nak cepat.
“Mat Sabu juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya.
Sebelum ini polis telah mengeluarkan klip video berkata Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata rakaman CCTV menunjukkan tiada kontak langsung dengan Mohamad, sebaliknya didakwa jatuh sendiri.

(kah..kah..kah..
macam mana boleh jatuh sendiri ek..?

bukan keta tu nampak macam rapat sangat dengan motor mat sabu..?


Salleh mendakwa siasatan mereka menunjukkan motosikal dibonceng Mohamad terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di hadapan kereta polis.
Beliau juga mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan...

(habis ko nak tunggu kaki kena potong baru ko nak kata serius..!!)

1 comment:

  1. Hello tuan,Bolehkah anda bertukar-tukar link? saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
    ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

    nasib baik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive