Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 10 August 2011

BENGAP KE KHAIRY NI..?


Aku bila baca kenyataan Khairy Jamaluddin hari ni terus tergambar pada pandangan aku,betapa Khairy ni terlalu bengap...
 
dia hari ni sibuk sangat tanya MB Selangor tentang bila nak keluarkan kenyataan rasmi dari Kerajaan Negeri...

sedangkan MB Khalid Ibrahim dari awal lagi dah beritahu bahawa beliau menunggu laporan rasmi dari Jais berkaitan isu gereja tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi...

apa yang Khairy tak jelas ni..?

dia dah tak sabar-sabar sangat ke untuk mempolitikkan kenyataan dari Menteri Besar Selangor..?

inilah sikap UMNO,sentiasa cuba mempolitikkan keadaan yang tidak sepatutnya dipolitikkan...

aku percaya tak kira apa juga kenyataan dari Kerajaan Negeri Selangor itu nanti,UMNO akan "spin" kenyataan tersebut dan mempolitikkan kenyataan itu demi menunjukkan UMNOlah hero yang memperjuangkan akta murtad di negara ini...

dalam kenyataan si khairy ni hari ini beliau mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya segera menjelaskan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama ketika majlis jamuan makan malam muhibah Rabu lalu..


dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menunggu laporan lengkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai serbuan ke atas ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Tambah beliau, laporan terperinci itu termasuk hasil siasatan ke atas kesemua 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan.

“Kerajaan negeri Selangor telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

 “Laporan terperinci yang diminta termasuklah hasil siasatan dan soal jawab 12 orang Islam yang dikatakan terlibat serta salinan barang kes yang telah diperolehi hasil dari pemeriksaan,” katanya.

Menurut Khalid, beliau difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan 12 individu itu yang tidak hadir membantu siasatan.

“Kami difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 orang tersebut kerana beberapa undang-undang yang telah diketengahkan oleh peguam-peguam mereka.

“Malah pejabat Menteri Besar juga telah menerima surat daripada firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 dari 12 orang Islam yang terlibat,” katanya menambah akan menyerahkan perkara itu kepada pakar undang-undan Jais untuk memberikan khidmat nasihat.

Semalam Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata pihaknya akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu.

 Beliau berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan semalam.

Bagaimanapun peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, Lim Heng Seng  mempertahankan tindakan anak guamnya yang tidak hadir memberi keterangan kepada Jais semalam atas alasan arahan yang dikeluarkan tidak lengkap.
 

Lim Heng Seng berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Jais pagi tadi -meminta kesemua anak guamnya hadir memberikan keterangan.

“Pagi tadi kami telah menerima surat daripada Jais yang memaklumkan mereka sedang menyiasat satu kes yang melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam di bawah Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Kami faham ini untuk menyiasat majlis kesyukuran dan kutipan derma di Gereja Methodist Damansara Utam pada 3 Ogos lalu anjuran Harapan Komuniti dan kami akan nasihatkan anak guam kami dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.


Semalam Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata pihaknya akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu.

Beliau berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan semalam.

Tambah Lim, anak guamnya berhak tidak menghadirkan diri kerana Jais semasa mengeluarkan notis arahan yang tidak mengatakan sebab mengapa mereka perlu hadir.

“Jais berhak untuk mengeluarkan notis arahan untuk memanggil anak guam, namun dalam notis itu tidak dinyatakan butiran kesalahan dan mengapa mereka harus ke pejabat Jais.

“Selain itu anak guam saya diminta untuk menandatangani notis arahan itu tanpa sebarang penjelasan dibuat,” katanya.

inilah masalah yang sedang dihadapi oleh Jais,dalam melengkapkan laporan rasmi mereka untuk diberikan kepada Menteri Besar Selangor..

kalai tak dapat panggil 12 orang Islam yang terlibat di greja itu bagaimana hendak mengeluarkan kenyataan rasmi yang terperinci..?

sabarlah wahai khairy oooiiiii....
tak ada maknanye nak menunjukkan UMNO tu pejuang Islam...

errr... siapa yang menolak perlaksanaan hudud di kelantan dan terengganu dulu yer...?
bukan UMNO ker...?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive