Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 2 August 2011

BAGUS!! KDN HARAMKAN BUKU "ISLAM EVIL IN THE NAME OF GOD"



Bukan sekali Agama Islam dihina..
dah banyak kali...
Bukan sekali juga Nabi Muhammad SAW. dihina...
dah banyak kali juga..

inilah akibatnya jika kita tak kuat...
jika kita lemah...
jika kita sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam yang sbenarnya...

bila muncul sebuah buku yang berjodol “Islam Evil in the Name of God”.. kita dapati kandungan dalamnya banyak fakta penceritaan yang karut dan palsu..

ia juga secara halus menyerang dan melibatkan keperibadian Nabi Muhammad SAW. dan juga kesucian agama Islam..

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Abdul Aziz Mohamed Nor berkata,

“Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.

“Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

Langkah itu diambil mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Justeru menjadi satu kesalahan menurut Subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.
Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagus lah.. elok juga tindakan yang pantas ini diambil.. 
jika tidak mungkin akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Bab ini aku kena sokong dan puji KDN!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive