Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 14 August 2011

AWANG SELAMAT GESA TSU KOON UNDUR : ITULAH SUARA HATI UMNO


Biasanya,jika apa-apa yang disiarkan oleh utusan ni... 
rencana atau beritanya sudah mendapat restu dari kalangan pemimpin UMNO...

jika tidak, utusan tidak akan berani mengeluarkan apa-apa artikel atau berita yang akan menggugat perhubungan UMNO dan juga parti Komponen dalam BN...

jadi secara tidak langsung,bila tulisan awang selamat menggesa Tsu Koon supaya berundur,itu boleh dikatakan sebagai suara hati para pemimpin UMNO...

Sama juga seperti suatu ketika dulu apabila utusan menyerang Samy Vellu,tidak lama selepas itu Samy Vellu mengumumkan dia akan berundur dan digantikan oleh Palinivel...

Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.

“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.

Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.
Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”

Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Koh, ‘serangan’ terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.
Koh juga Pengerusi BN Pulau Pinang.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.

“Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang...

Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.

“Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon. Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru. Awang setuju,” katanya.

Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.

“Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.

“Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir,” kata Awang Selamat sambil menambah, “setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan.”

“Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.

“Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang,” kata Awang Selamat lagi.

Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.

Mungkin juga benar Tsu Koon sudah rela DAP memerintah lantaran dari kebajikan-kebajikan yang DAP lakukan untuk rakyat Pulau Pinang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive