Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

APA YANG RAKYAT SELANGOR AKAN HILANG JIKA UMNO MEMERINTAH SELANGOR.


Apa yang rakyat Selangor akan hilang jika tidak memilih PR pada PRU13 ini...
Bukanlah pula aku menyenaraikan ini kerana aku rasa UMNO akan menang nanti,

TIDAK... aku cuma mengandaikan sekiranya kita tidak bersatu hati
dalam memilih kerajaan rakyat (Pakatan Rakyat) apa yang kita akan hilang...

aku hanya ingin membawakan kesedaran kepada rakyat yang masih tidak sedar akan kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat .

supaya mereka sedar apa yang mereka pertaruhkan...

Dulu waktu kita ambil Selangor... semua ini tidak ada...
kita ambil Selangor dari tiada,kini telah kita adakan..


1. 20 METER PADU AIR PERCUMA.
Sejak Jun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang sebanyak 20 meter padu
air bersih, setiap bulan kepada seluruh penempatan di Selangor yang bermeter individu.
Bermakna kerajaan negeri membelanjakan secar purata sebanyak RM 11.6 juta
setiap bulan untuk menjayakan program ini. 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.


2. SKIM MESRA USIA EMAS
Skim Mesra Usia Emas menganugerahkan RM2,500 kepada waris yang meninggal
dan OKU,sebanyak RM2,500.  selagi Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.




3. TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

4. PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI
Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia.Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.

6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

JIKA PR KALAH DI SELANGOR PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI INI AKAN KEMBALI TERKUBUR



5. HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

6. TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG
Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.


7. PROGRAM PENINGKATAN HASIL BAHAN MINERAL DAN GALIAN
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi tujuan meningkatkan hasil bahan mineral dan galian di bumi Selangor.

Buat permulaan, usaha ditumpukan kepada hasil pasir. Hasil dari peningkatan usaha dan keuntungan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.


8. SKIM KESIHATAN WANITA
Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.

9. PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR)
MiMBAR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka dengan membuka perniagaan, perusahaan kecil-kecilan. MiMBAR menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun. 

10. SKIM MIKROKREDIT SELANGOR.

Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

11. PUSAT DIALISIS RAKYAT
Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan Pusat Dialisis Rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.

Pusat Dialisis Rakyat yg telah diwujudkan setakat ini:
DUN Sementa
DUN Taman Medan
DUN Hulu Klang
Parlimen Ampang
DUN Sri Muda (Masih di dalam pembinaan)


12. KEMUDAHAN CUTI TAMBAHAN
Istimewa untuk rakyat Selangor yang bekerja, disediakan  3 kemudahan cuti tambahan:

 1. Cuti Bersalin 90 Hari
Bagi isteri yang bersalin diberikan kemudahan bercuti selama 90 hari. Ini adalah kemudahan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang bersalin.


2. Cuti 14 Hari untuk Suami yang Isterinya Bersalin
Satu lagi keistimewaan untuk suami di Selangor. Sekiranya isteri bersalin, suami yang bekerja dihadiahkan cuti selama 14 hari.


3. Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
Sekiranya isteri yang bekerja kematian suami, kerajaan Negeri Selangor memberi cuti khas selama 30 hari.



13. PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Program Tuisyen Percuma untuk pelajar sekolah rakyat Negeri Selangor yang layak
Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

- Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
- Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.


14. KEPIMPINAN YANG BERJIWA RAKYAT
Banyak yang telah diuasahakan oleh pemimpin-pemimpin PR untuk kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.
laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan bahawa Negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya selangor ini,tiada ketirisan berlaku dalam perbelanjaan.

15. MASJID DAN SURAU AKAN KEMBALI LESU.
Seperti yang kita semua tahu,dahulunyer sewaktu UMNO memerintah Selangor,masjid dan surau ditadbir oleh orang-orang UMNO.. kebanyakan masjid dan surau menjadi lesu kerana ditadbir oleh orang yang bukan dikalangan yang kerap ke masjid (bukan kaki masjid) dan tiada semangat untuk menghidupkan roh masjid..

namun bila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,masjid dan surau telah hidup seolah-olah kita ini dikelilingi oleh persekitaran Negara Islam... janganlah lepaskan semua ini.

itulah semua yang akan kita hilang jika kita memilih UMNO semula mentadbir Negeri Selangor.

1 comment:

  1. Its like you read my mind! Үοu ѕeem to know a lot about thiѕ, lіke yοu wrоte the bοok in it ог ѕomething.
    I thinκ that yοu can do ωith
    some piсs to drive the mesѕage home a littlе bit,
    but other than that, this is wonderful blog. Аn excеllеnt
    read. I'll certainly be back.

    Here is my web page; payday loans

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive