Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 2 August 2011

ANWAR ULAS "KU LI GANTI ANWAR"


DSAI: tiada perbincangan menggantikan saya...

 — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan dakwaan mengenai status beliau sebagai ketua pembangkang dengan menekankan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin PR telah menafikan mengenai khabar angin itu..

Utusan Meloya telah melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata PR akan memantau prestasi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pilihan terbaik untuk menggantikan Anwar sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat.
aku cuma nak ambik hati pok jib jer...

“Saya belum mendengar apa-apa daripada PAS, DAP atau pemimpin PKR. Itu yang saya tahu. 

Hanya Bayan Baru,” kata Anwar  merujuk kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas wakil rakyat PKR yang secara berterusan menyerang parti perikatan itu sejak tahun lalu.

Utusan Meloya akhbar milik Umno dalam laporannya.. memetik Harun sebagai berkata jika Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang, 

“mempunyai ramai pengikut atau sokongan majoriti dalam parti pembangkang, kemungkinan beliau akan menjadi ketua pembangkang.”

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini berdepan dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Beliau kali pertama didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah pada 1998 selepas dipecat dari Kabinet dan kemudian disabitkan kesalahan atas kedua-dua tuduhan itu.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan pada September 2004..

kemudian menghidupkan kembali kerjaya politik dengan mengetuai PR pada pilihan raya umum 2008 yang mana parti perikatan itu berjaya menawan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen dengan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil.., 

selepas isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundurkan diri.

bagaimana pun Ku Li, sehingga kini belum membuat apa-apa respons.
buat fitnah tu berdosa tu zahrain...

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan mengenai isu ini sebagai satu “lawak jenaka.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive