Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 24 August 2011

ANWAR IBRAHIM HINA MAHKAMAH? JATUHKAN REPUTASI HAKIM?


Begitulah tajuk utama akhbar yang dikenali sebagai pembenci Anwar Ibrahim No.1..
akhbar yang banyak menyerang Anwar Ibrahim ni telah sekali lagi meletakkan tahap mereka di tahap yang rendah apabila mengatakan Anwar Ibrahim menghina mahkamah...

Hakim pun tidak mengatakan Anwar telah melakukan penghinaan mahkamah,kenapa Utusan ni cuba cipta isu murahan pulak..?

Anwar cakap mengenai perbicaraan dan mengenai Hakim dari kandang tertuduh,dihadapan hakim... didalam mahkamah... bukannya di luar mahkamah atau pun bercakap secara tanpa pertimbangan yang waras..

jika Anwar telah menghina mahkamah, sudah pastilah dia dianggap menghina mahkamah oleh hakim itu sendiri,kerana hakim berada dihadapan Anwar semasa kenyataan itu dibaca oleh Anwar.


kenapa Anwar membela diri dari kandang tertuduh pulak..?
bagi aku mudah sahaja... anwar mahu menyampaikan kenyataan 32 muka surat dalam hujah beliau..

jikalah dia menyampaikan pembelaan di dalam kandang saksi,yang mana pihak pendakwaan boleh mengganggu kelancaran hujah Anwar,sudah tentulah Anwar tidak dapat menyampaikan hujah beliau dengan berkesan.. 

kerana 32 halaman bukan lah satu hujah yang pendek,ianya memerlukan masa untuk disampaikan..
dan hujah dari kandang tertuduh adalah pilihan yang terbaik..

Anwar dikatakan memberikan hujah politik dari "membela" diri dalam kes liwat...
dari mula lagi,kes ini adalah konspirasi politik.. bukan kes liwat pun...
apakah Anwar sibuk nak cakap pasal liwat yang memang dia tak buat sedangkan dia tahu konspirasi adalah isu nyer..?

kalau korang dituduh mencuri,sedangkan korang tahu yang korang memang tidak mencuri dan korang tahu pulak siapa yang memfitnah korang... apa yang korang akan buat?
dah tentulah dalam pembelaan korang,korang akan sentuh pasal peribadi yang memfitnah korang mencuri tu kan..

yer.. Anwar dalam hujah 32 muka surat tu juga telah menyatakan buat kali yang entah berapa bahawa dia tidak melakukan liwat,anwar sudah sudah memberikan hujah tiada logiknya liwat itu berlaku namun Anwar memberikan penekanan terhadap konspirasi yang berlaku terhadap isu ini..

jadi,kenapa menuduh Anwar mempolitikkan hujah pembelaannya..?
kerana sememangnya dia membela diri dari sebuah konspirasi politik...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive