Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

AMARAN PERANG EZAM TERHADAP KRISTIAN : WAYANG MANTAP UNTUK DAPATKAN PELUANG JADI CALON BN




Ezam berucap pada perhimpunan di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam petang tadi. (tak salah pulak ek buat kat masjid?)
Amaran perang oleh Ezam lepas solat Jumaat tadi.. 
adakah ianya dilakukan untuk benar-benar memperjuangkan dan mempertahankan Islam..?
 
ataupun sekadar mahu main wayang politik..?
 
jika benar mahu perjuangkan Islam,Ezam sepatutnya mendesak agar kerajaan pusat mengubal akta perundangan Islam dalam negara ini...
 
Ezam patut mempersoalkan semasa UMNO sedang berkuasa ini, apakah yang perlu dan apakah yang boleh UMNO lakukan terhadap gejala murtad di nagara kita ini..?
 
ini kerana UMNO adalah tunjang kepada kerajaan dan juga UMNO selama ini memang dilihat rakyat sebagai parti yang menolak undang-undang Islam.
 
Orang tidak murad secara tiba-tiba..
orang murtad adalah kerana tiadanya asas Islam yang kukuh dalam diri mereka..
 
rakyat negara kita ini sudah dididik selama 54 tahun agar mengejar dunia dan abaikan agama..
 
ini kita boleh lihat dengan banyaknya pusat hiburan yang diwujudkan...
 
banyaknya program-program maksiat di adakan..
 
ustaz-ustaz yang menyampaikan yang HAK,telah di "gam" oleh pihak kerajaan UMNO...
artis-artis disanjung dan di puja...
undang-undang Islam ditolak ketepi...
pusat zakat dan baitulmal dijaga oleh orang yang bukan ahlinya... 
yang hanya mahu berniaga dengan wang zakat..

JADI KENAPA BILA ADA ORANG ISLAM YANG MURTAD KITA NAK ISTIHARKAN PERANG PADA PIHAK GEREJA PULAK..?

Kalau Ezam sekadar mahu menangguk di air yang keruh dengan harapan dia dapat jadi hero rakyat dan sekaligus dapat membuka mata Najib agar memberikan dia peluang bertanding di Kerusi parlimen Shah alam...
 
maka aku akan anggap dia hanyalah membawakan watak-watak seorang yang mempunyai ciri-ciri munafik...

lepas solat tadi, Ezam memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan “perang.” 

Kata Ezam, “masalah besar” akan berlaku sekiranya kumpulan Kristian meneruskan kerja-kerja memurtadkan umat Islam walaupun perkara itu tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Ezam, kumpulan Kristian perlu menghentikan segera kegiatan “dakwah” itu dengan serta-merta.

“Kita memang ada masalah besar sebab itu kita keluar, kita mahu nyatakan pendirian kita dalam perkara ini, kita hormat mereka selagi mereka menghormat kita.

“Kalau terpaksa kita bersedia berperang dengan mereka demi mempertahankan akidah umat Islam kalau mereka tidak berhenti daripada meneruskan kegiatan ini,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Dalam ucapan ringkas itu juga, Ezam berkata beliau juga menentang semua umat Islam yang tidak mempertahankan kedudukan agama itu demi kepentingan politik.

(UMNO le yang bersikap macam tu ezam ooiiii...)



Beliau berkata demikian sebagai membantah tindakan Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya didakwa mengadakan program memurtadkan umat Islam dalam satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu pada 3 Ogos lalu. Minggu lalu Jais telah melakukan pemeriksaan ke atas gereja yang mendapat bantahan banyak pihak.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegiatan memurtadkan umat Islam berlaku disebabkan “kebaculan” orang Melayu sendiri.

“Apa yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama adalah sebahagian kecil kegiatan murtadkan yang sudah lama berlaku, Kristian akan gunakan apa sahaja cara untuk menarik umat Islam.

“Kita tiada masalah dengan Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba tarik (umat Islam), dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas Islam adalah agama negara dan kedudukan Islam tidak boleh disentuh,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam berkata semua pihak perlu menghormati tindakan Jais yang cuba membanteras penyelewengan agama di kalangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive