Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

264 PENGUNDI HANTU KEMBOJA : PAS BUAT PENDEDAHAN



Pas mendedahkan bahawa 264 orang Kemboja jadi pengundi hantu...

PAS terus menerus membongkar  mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Terbaru, PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.

“Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut.

Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Abdul Wahid berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 warga asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.


Pengundi Myanmar

Katanya, dari jumlah itu, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

“Dan kita mahu SPR siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional

Sebelum ini ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu itu mendakwa, taktik yang sama digunakan dalam pilihan raya umum 2004 sehingga BN merampas semula kerajaan negeri dari PAS.

makin kotor pilihanraya kali ni....
apa nak jadi le negara kita ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive