Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 15 August 2011

12 PESERTA MAKAN MALAM GEREJA HADIR DI JAIS BERI KETERANGAN


Seramai 12 individu Muslim yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika menghadiri majlis makan malam diGereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13, Petaling Jaya minggu lalu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Jais di sini hari ini...

Kehadiran mereka bagi membantu siasatan kes penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Difahamkan kenyataan mereka kini sedang direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan Jais yang bermula awal 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman Jais ..
“Ya, 12 individu terbabit hadir dan memberikan kenyataan kepada pihak Jais hari ini,” kata sumber.

Sabtu lalu, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada Jais.

Apa ceritanya.. sama-sama kita tunggu......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive