Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 31 July 2011

VIDEO FITNAH POLIS ; UNIT AMAL DAN PEGUAM PKR TAMPIL MENYANGKAL


Momentum isu BERSIH ni mungkin akan terus hangat dan sentiasa meningkat sehinggalah PRU 13 nanti.

ini kerana ketidakpuasan rakyat termasuklah PENGUNDI ATAS PAGAR yang semakin kelihatan menyalahkan polis dan kerajaan BN di atas semua insiden keganasan yang mendatangkan kecederaan ke atas orang awam yang menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 July 2011 yang lalu...

Momentum ini di teruskan lagi kehangatannya apabila seorang pemuda telah tampil menyangkal video polis (video macam pak pandir) disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30,  mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.
encik polis baca betul-betul ye ayat tu...."sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis."
Lan berkata “Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,”


Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka.

Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin.

“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi.

“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang.

“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas.

Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya.

Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral.

“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera...

“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya.

Lan menganggap di KL Sentral tempat paling teruk menerima tindakan keras daripada polis dan paling ramai anggota keselamatan yang lengkap dengan trak serta kenderaan lain kerana di situ paling ramai pemimpin Bersih.

“Tapi kami tidak pernah merasa serik dengan hambatan dan rintangan yang berlaku, bahkan jika dipanggil untuk memperjuangkan hak-hak rakyat seperti Bersih, saya bersedia untuk turun lagi ke Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.

Penjelasan juga diberikan oleh Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis.
Para peguam-peguam itu menjelaskan bahawa Ketua Polis Daerah Brickfields,Wan Bari Wan Khalid telah menjerit ke arah peserta perhimpunan aman BERSIH supaya bersurai,tetapi dalam masa satu minit kemudian mengarahkan pegawainya supaya menembak dan memekik "BAWAH!!" sebanyak tiga kali sebelum kedengaran 12 das tembakan dilepaskan oleh pasukan Polis.

yer..Kerajaan mungkin boleh buat 100 video palsu dan fitnah yang berniat memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat...

tetapi Kerajaan tidak mampu untuk mengubah kebenaran sebenar yang berlaku..

Bagi aku,jika kerajaan mahukan rakyat menghormati Kerajaan...
maka pemimpin-pemimpin kerajaan WAJIB lah terlebih dahulu menghormati undang-undang negara...
mudah..simple dan senang...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive