Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 21 July 2011

SUDAH TERLAMBAT UNTUK BN BERUBAH.. RAKYAT MAHU TUKAR KERAJAAN


Apa yang BN salah terima berita dan salah memahami berita sekarang ni adalah...
BN menganggap bahawa rakyat mahukan mereka berubah atau pun menunaikan janji...

kenapa pulak aku pandai2 kata BN salah faham..?
kerana jika 5 tahun dahulu,mungkin perkara ni relevan lagi.. atau paling tidak pun masih ada yang mengharapkan sesuatu dari BN...

tetapi kini mood rakyat sudah bertukar rentak...
dulu mereka  mahu BN mengubah cara pemerintahan di dalam negara ni..
tetapi kini mereka mahu kerajaan itu sendiri yg berubah..atau dalam bahasa mudah fahamnyer.. rakyat mahu tukar kerajaan...

yer.. mood rakyat kini adalah mahu melihat pentadbiran negara berubah.. berubah dari BN ke Pakatan Rakyat..
ini berlaku kerana rakyat sudah muak dgn segala janji BN untuk berubah yang bukan sekejap untuk dinantikan,tetapi sudah masuk 54 tahun masih juga tiada perubahan...
justeru itu,rakyat yang kebanyakan dari mereka sudah bijak menilai dan sudah faham akan hak-hak mereka...
mereka sudah tidak mampu lagi untuk menanti jawapan seperti menanti bulan  yang tak pernah mahu gugur ke bumi

menurut ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, mood rakyat terutamanya generasi belia sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong pemimpin BN.

Katanya, kerdasarkan mood rakyat terutamanya generasi belia dan muda mudi khususnya yang mudah terdedah dengan maklumat yang secara terus dari media baru, mereka sudah muak dan tidak percaya lagi dengan janji kosong dari pemimpin BN.

“Generasi ini menolak sebarang bentuk penipuan yang secara terang-terangan, generasi ini juga celik terhadap kezaliman yang berlaku khususnya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

maka UMNO perlulah ingat dan faham dan jangan pula bersedih kerana tempoh penguasaan mereka selama 54 tahun akan berakhir pada tahun hadapan...

semuanyer sudah terlambat,dah banyak perkara berlaku dan signal yang telah dihantar oleh rakyat kepada pimpinan negara.. tetapi semuanyer dipandang sepi oleh pemimpin yang dah kenyang tersandar di kerusi empuk siapan kulit asli di pejabat yang beraircond....

kini rakyat tidak lagi takut untuk mengubah kerajaan..kerana telah dapat membandingkan corak pemerintahan berkebajikan untuk rakyat yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di 4 buah negeri...

omokan BN suatu ketika dahulu bahawa negeri2 yang jatuh ke tangan PR akan menjadi kecoh dan miskin juga telah dengan mudah dinafikan oleh PR dan rakyat2 di negeri berkenaan selepas melihat dengan sendiri bahawa omokan itu hanyalah propaganda bagi menakut2kan rakyat
jelata demi survival BN dan UMNO...

jadi marilah kita bersatu untuk memangkah Parti-Parti dari Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti bagi mendapatkan satu kerajaan baru yang lebih adil dan telus...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive