Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 20 July 2011

SKANDAL SCORPENE DAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA AKAN TERSINGKAP..


20 July 2011:

Malam esok akan berpeluh ler memanda menteri isketambola kita tu.....
kenapa dia berpeluh..?

kerana pada malam esok peguam hak asasi manusia Perancis,Encik William Bourdon, dijangka  akan memberikan ucaptama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu..


kapal selam tu bukannyer sekupang dua bijik...

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika
William Bourdon

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu
sehingga membawa kepada pembunuhannya...

"habis le aku kali ni.."



nampak tak kes ni kalau disiasat,akan menyelesaikan 2 isu....?

Pertama ~ kes rasuah dalam pembelian kapal selam ni...

Kedua ~ boleh dapat jawapan siapakah yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya...

korang nak teka sape pembunuhnyer,korang teka lah... ni memang satu persoalan yang besar dalam negara kita ni...aku tak dapat nak halang pemikiran korang....hehehe...


"aku wat2 tidoler...uhuk..uhuk"
Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.



Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

aku berharap kes ini akan selesai dengan membawa jawapan yang memuaskan semua hati rakyat jelata yang sememangnyer dah muak dengan pemimpin2 yang hampeh ni...

undilah pemimpin yang ikut lunas2 agama dan telus lagi amanah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive