Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 18 July 2011

RUGI RM28 BILION SETAHUN AKIBAT KELEMAHAN PIMPINAN KITA... KALAH SUBSIDI MINYAK..


18 July 2011:

Kita sekarang ni dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup dari segi bil-bil harian dan juga keperluan kita menggunakan minyak petrol untuk melakukan aktiviti harian seperti pergi kerja
(menteri kita semua ditanggung oleh kerajaan minyak petrolnyer setiap kali dia pergi kerja).....
yang mana  sekarang ni semakin lama semakin mahal..

korang nak mengharap menteri jaga dan lindungi keadaan kewangan kita yg semakin sempit ni..? jangan harap le weii..


pasai apa lak aku kata jangan harap...?

pasai TPM kita pun dah keluarkan kenyataan pada 12 Mei 2011 lalu yang mana Muhyiddin  menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak,nampak tak..?
dia suruh kita siapkan mental-mental kita semua...
dia yang mental,ada ker dia minta kita lak siap-siapkan mental kita... cehh!






pada 16 Mei 2011 lepas pulak Ismail Sabri (baeeeeekkkkk punyyerrrrr) berkata mcm ni.. : ~

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.


jadi korang kena faham apa maksud dia tu okeyy... dia bukan cakap pasal nak buat barbeku dgn korang..
tapi dia saje nak bagi korang fikir bahawa seolah-olah dia pun sebagai menteri  "baeeeeekkkkk punyyerrrrr" pun tak leh wat apa-apa le kononnyer....





Mahal sangat ker subsidi minyak  kerajaan ke atas kita ni..??
kalau ikutkan fakta pada tahun 2011,Subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol  adalah RM 10.25 billion sajer....

kenapa aku memandai-mandai kata "10.25 bilion sajer" tu...?? macam sikit lak bunyinyer kan..hehee...

aku kata sajer tu adalah kerana kesan dari KETIRISAN, PENYELEWENGAN PEROLEHAN DAN RASUAH YANG BERLELUASA..NEGARA telah terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM28 bilion SETIAP TAHUN... yer setiap tahun termasuk ler pada tahun lompat...


maknanyer ketirisan akibat kurang cerdiknyer pemimpin kita adalah lebih tinggi  berbanding dengan jumlah subsidi pada kita rakyat jelata ni.... 


jadi kenapa kita yang jadi mangsa sekang ni..?
kenapa tak di potong subsidi dari IPP tu..?
kenapa golongan muda kita sekang kena buat part time lak untuk menampung hidup ni..?

sampai bila kita kena ditekan sedangkan tokey2 IPP tu senang lenang hidupnyer kerana bisnes dorang langsung tak penah rugi...
yer lah subsidi tak pernah dipotong...


antara tokey IPP dgn rakyat..
kerajaan akan pilih rakyat dulu untuk dipotong subsidi kerana rakyat malaysia ni mudah lemau... mudah masuk angin... panas sekejap jer... hehehe...

korang ler.. aku tak...
aku panas dan  sentiasa panas....hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive