Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 19 July 2011

PERHATIAN : UMNO AKAN MAINKAN ISU PENDERHAKAAN DALAM BERSIH 2.0...


19 July 2011:

Kalau korang nak tahu... bila semakin hampir nak PRU13 nanti...
UMNO  akan timbulkan isu DERHAKA PR kepada YDP Agung dalam isu BERSIH 2.0 lalu...

UMNO nak mainkan isu derhaka..? yer..itulah setahu aku yang sedang makan paprik campur tengah2 malam buta ni.....
Soalnyer...siapakah yang derhaka ni...?
macam mana pulak penyangak boleh tegur tok imam tentang tajwid Al Quran ni..? hehehe...

sebenarnyer aku cukup gelihati betul ler kalau UMNO nak mainkan isu ni...
korang tak perasan ker.. yg UMNO ni lebih MENDERHAKA dan lebih jahat dari kucing jantan yang makan anaknyer yang baru lahir tu... memang dahsyat betul UMNO ni...

kalau korang tak ingat, kat sini aku ada sikit nak kongsikan... (tak banyak... sikit jer dulu..)


aku nak kongsikan sikit pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar,.... 
bekas Menteri besar Pahang ke-10 yang berselisih dengan Sultan pahang. 
Media pro Umno selamba jer mengkritik sultan secara terbuka.langsung tak kisahkan perasaan Sultan dan juga rakyat macam aku ni yang menyanjungi Sultan-Sultan Melayu....




 

pada tahun 1983 lak  UMNO hendak meminda
supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.. maka UMNO melenting dan mengecam bila Raja-Raja Melayu 
menolak cadangan tersebut...
UMNO ingat semua org kena ikut cakap dia ker... malam sikit lerr...


korang ingat lagi episod  Annuar Musa...???
tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di  sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.. tak ker kurang ajor namanyer tu... selamba jer dia dgn pewot dia yang sedang nak memboncit pada waktu tu melakukan penderhakaan tersebut...







Pada tahun 1993 Mahathir dengan memakai speknyer yg ada power tu.. dengan hidung yg tinggi telah membentangkan satu usul bagi mengurangkan kuasa diraja.. baca disini usul si hidung besau tu..

dalam perenggan ke tujuh (7) dalam usul tersebut mahathir mengemukakan perkara ini :~

"Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambil kira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain." 

Apa punyer tahap derhaka ler mahathir tu pda waktu tu... aku pun tak tahu ler...
jadi kalau lepas ni UMNO nak keluarkan isu PR derhaka kepada YDP Agong dalam isu bersih hari tu. berfikir ler 80 kali... ni baru sikit jer aku keluarkan ni.. ada lagi sebakul kat bawah meja tuh....

hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive