Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 28 July 2011

MURTAD,SEMAKIN MENGGILA..


Murtad di Malaysia semakin kritikal..
jadi dalam kita berpolitik dan dalam kita membicarakan tentang kiamat kecil UMNO tidak lama lagi...

elok juga kita jangan sepikan isu Murtad ni...
Murtad semakin meningkat dan semakin serius...
yang tak murtad pun,walaupun masih "dikatakan beragama Islam" tetapi hakikatnyer tidak mengamalkan hidup secara Islam... hancur.. teruk.. punah ranah..

Salah siapa..?
kalau tanya kat aku.. jawapan aku mudah jer..
SALAH UMNO..
kenapa..?
kerana UMNO memerintah..
UMNO ada kuasa...
UMNO tak pernah nak mendaulatkan Islam..
UMNO tak pernah nak laksanakan hukum2 ALLAH...
UMNO cipta undang-undang yang membolehkan orang jadi murtad...
UMNO lah yang mereka cipta dan mengguna pakai "ARTIKEL 11"

apa dia "ARTIKEL 11"..?

baiklah... baca dan faham betul-betul wokey... (panjang sikit kali ni..)

Article 11 Perlembagaan Persekutuan. 
Iaitu hak kebebasan beragama.. 
atau dalam erti kata lain kita bebas mempraktikkan agama sendiri...

agama kita sendiri..? 
yer agama kita Islam ni...
kita bebas ler nak praktikkan..
termasuk ler juga hindu,kristian dan buddha..

kebebasan mempraktikkan ini juga termasuk ler jika orang Islam dah masuk kristian,maka dia bebas mempraktikkan agama barunyer... dengan syarat...
dia mestilah berumur 18 tahun ke atas... (lepas 18 tahun dia bebas memilih agama pilihan..)


dalam kes Aisyah Bukhari yang murtad tu..
peguamnyer menyatakan, Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. 

maka kalau mengikut undang-undang MALAYSIA TERCINTA INI,kita tidak boleh menghalang Aisyah dari menukar agama kepada agama pilihan dia dan tak boleh halang dia  mempraktikkan agama baru dia...
tang sini ler kita kalah.... 

bagaimana pulak jika mahkamah syariah membuat keputusan menghalang seseorang keluar dari Islam... 
lepas tu dalam masa yang sama perbicaraan di mahkamah sivil pula membenarkan seseorang itu untuk murtad..? 
jika berlaku sedemikian,maka keputusan yang diiktiraf dalam negara kita ini adalah keputusan mahkamah sivil..

Di bawah Artikel 4(1), “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu”. Ini adalah satu klausa yang menabalkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Maka, ia lebih tinggi dari Parlimen. termasuklah akan memenangkan mahkamah sivil jika berlaku pertembungan dengan mahkamah syariah...

inilah kelemahan kita...

apa FAKTA KES..?

Dalam kes seorang gadis  Cina yang berumur 16 tahun dari Kelantan yang memeluk Islam atas kerelaan dia sendiri..

Keislaman dia diakui oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan,tetapi bapa dia tak suka dan bapanyer menyaman anak dia sendiri dan juga MAIK dan mengheret kes anak dia ke mahkamah persekutuan..

Dia mohon pada makamah,agar istiharkan anak dia masuk Islam sebagai tidak sah.

Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim,beliau seorang yang mementingkan agama.. Bila mengendalikan kes Suzie Teoh ini beliau menangis kerana beliau terpaksa membuat peristiharan bahawa

"Dibawah Perlembagaan Malaysia,hal seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanye selagi belum cukup umur 18 tahun",

kalau nak tukar agama Suzie Teoh kena minta kebenaran ibubapanyer..
Namun atas kebijaksanaan Tun Salleh Abbas,dia simpan file tu selama 2 tahun.

2 tahun kemudian selepas harijadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun,Tun buka semula kes itu dan bagi peluang kepada Suzie Teoh isytiharkan agama pilihannye sendiri,waktu tu mahkamah penuh dengan wartawan asing dan dalam negara,semua nak tahu keputusan Suzie Teoh,

dengan terketar2 (yer lah baru 18 tahun),sambil menangis Suzie Teoh berkata "saya yang arif,mahu kekal dalam agama pilihan saya iaitu Islam dan saya masih nak gunakan nama Nur Aini,"

Maka Tun Salleh Abbas pun dengan bangganyer mengisytiharkan Suzie Teoh adala sah sebagai seorang yang beragama Islam..

Kesimpulan artikel 11 :-
  • umur 18 tahun adalah peringkat umur dimana semua orang bebas membuat keputusan memilih agama mereka sendiri,jika seorang gadis Islam mahu menukar agamanyer,maka tiadalah peruntukan undang2 persekutuan yang dapat menghalang ianya dari berlaku..
Kesimpulan Artikel 4 :-
  • sekiranya berlaku percanggahan keputusan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil,maka keputusan mahkamah sivil adalah lebih diutamakan.
sahabat...
selamatkah anak kita nanti dengan keadaan perlembagaan negara kita...?
bagaimanakah kita nak selamatkan anak2 kita jika mereka sudah terpengaruh dengan dakwah agama lain...?

ini adalah statistik pada akhir 2010.. adakah kita mahu isu ini menjadi lebih parah,baru kita mahu mengkaji jalan penyelesaian...?


3 comments:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah SWT jauhkanlah dan lindungilah saudara-saudara seislam hamba dan keluarga hamba dari berpaling dariMu dan meninggal agama yang diredhai oleh Mu iaitu ISLAM di akhir zaman ini ... Amin :'(

    ReplyDelete

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive