Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 22 July 2011

LYNAS : ORANG CINA LEBIH PENTINGKAN KESIHATAN MEREKA BERBANDING MELAYU


Aku tak pelik bila orang melayu MERELAKAN lagi diri mereka dihanggukkan
untuk kesekian kalinyer oleh kerajaan..

sememangnyer itu sudah dijangka..
melayu ni memang suka patuh kepada kerajaan walaupun diri mereka rugi...
ini dapat dilihat sejak dari zaman Hang Tuah lagi...
tak boleh nak kata apa....

Dalam kes Lynas di gebeng Kuantan..
melayu sekali lagi menunjukkan ketaatan yang tak berbelah bagi dan juga ketaatan yang membuta tuli kepada kerajaan..

"Di Australia sendiri,mereka telah menetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di negara kita ini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan." dalam isu ini sekali lagi melayu menunjukkan taat setianyer kepada projek kerajaan...
Sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh lebih bimbang berbanding dengan orang Melayu..
ini sememangnya adalah fakta..

banyak contoh yang dapat kita lihat masyarakat cina sangat-sangat mementingkan keselamatan mereka..  kerana itulah mereka telah mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.
Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.
Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.

(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah]
Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan. (terutama bagi masyarakat yang perihatin dengan kesihatan mereka dan anak2 mereka)








1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan.

2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.

3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.

3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.

Ke empat-empat  isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.
Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth  Refinery (Badar).

Hari ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.

Mereka juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng. Baca disini.

sampai bilakah melayu harus anggukkan kepala walaupun tahu risiko yang mungkin di alami membawa kepada kerosakan kesihatan yang berpanjangan...?

aku akan menggelengkan kepala.....
kerana aku adalah melayu yang tak suka anggukkan kepala kepada sesuatu yang salah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive