Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 27 July 2011

LIWAT 2,NAJIB DAN ROSMAH,TIDAK MAHU DITEMUBUAL..


Apa yang perlu kita tahu...

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, iaitu :-

1) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
2) Datin Seri Rosmah Mansor
3) Tan Sri Musa Hassan 
4) Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof
5) Hasanuddin Abd Hamid 

Anwar mahu peguambelanya menemubual 5 orang saksi ini sebelum beliau memulakan proses membela diri pada 8 Ogos depan.

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

“Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram.

Penting bagi Anwar dapatkan Najib dan Rosmah kerana mereka berdua itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

ini adalah sangat penting bagi pembelaan dalam mendedahkan konspirasi terancang rapi disebalik semua perjumpaan tu..

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.


Namun, polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka... mungkin kerana takut tersalah cakap semasa ditemubual...
Hasanuddin - kunci utama kes ini,sebelah siapakah dia..?

“Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya... yang ni aku tak faham,waktu kawan tengah susah,dia letakkan banyak syarat pulak... 

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.
Mereka ialah:~
1) bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar
2) Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi
3) Adik perempuan Saiful , Saidaiti Azlan
4) Seorang doktor dari HKL bernama Dr Daniel
5) Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.


Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.
Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.. baca sini

maka kita akan lihat satu perbicaraan yang sememangnya akan digunakan untuk kepentingan PRU13 kepada BN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive