Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 31 July 2011

kONTRAKTOR MELAYU : LIM GUAN ENG ANGGAP MCA BERFIKIRAN SEMPIT


Antara kebaikan Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri di negara ini selepas PRU 12 lalu adalah...
Pakatan Rakyat dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dengan cekap dan baik..

Kerajaan Pulau Pinang dibawah DAP pula dapat memperlihatkan di mata orang melayu yang bahawa parti itu bukanlah sebuah Parti yang anti melayu.. 

Dalam keadaan politik semasa tanahair,apabila sesebuah kerajaan itu bertukar tangan,maka kita sebagai rakyat akan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi kerajaan-kerajaan yang dipilih..

seperti mana yang dapat kita lihat sekarang ini,negeri-negeri dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih bagus berbanding dengan keadaan semasa pemerintahan UMNO dahulu..

inilah yang membuatkan BN sangat takut..
kerana selama ini BN telah membuat fitnah dan propaganda bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mentadbir negeri mahupun negara.. 

ditahan kerana membantu nenek Pendek Ahmad menuntut keadilan
bila Pakatan Rakyat diberi peluang sahaja,maka banyaklah keadilan yang dulunye tiada,telah dapat ditegakkan dan diberikan secara adil kepada rakyat bawahan..

Atas sebab inilah MCA berasa marah dengan DAP yang telah melaksanakan satu pemerintahan yang adil tanpa mengira warna kulit...

Dalam kes  Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang yang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim,Lim Guan Eng menganggap beliau sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.


"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu."

Bagi aku inilah akibatnyer apabila kita terlampau meletakkan perkauman itu di tempat yang jauh teratas sekali.. 
tak salah nak majukan bangsa sendiri,tetapi bukanlah bermakna kita kena bolot semuanya...



Lim Guna Eng juga berkata;
"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.


"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.


Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku..
apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat..

bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan,
sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.


1 comment:

  1. cekap ape.hawkers cina depa rilek ja bg bniaga.tp kdai2 mlayu slmber ja depa roboh2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive