Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 14 July 2011

KERAJAAN KATA POLIS TAK SERANG HOSPITAL..11 DOKTOR TAMPIL JADI SAKSI DAN KATA POLIS SERANG HOSPITAL...


14 July 2011 :

Apa agi yang cuba kerajaan nak sembunyikan ni..?
zaman sekarang ni bukan mcm zaman dulu.. sekarang ni kalau ko berak dalam semak pun akan ada gambo ko masuk facebook... ni bukan cerita negeri pasir berdegung,ni cerita betul dari sebuah kerajaan yang dah tak betul...


Polis dan juga kerajaan bn kata,polis tak menyerang hospital... tetapi 11 orang doktor kat situ tampil dangan kenyataan yang yg berbeza pulak... doktor2 ni hanya menceritakan apa yang berlaku sebenarnyer..

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan  itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.


Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.
Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

                                            ni hospital bersalin lak kena serang...


Bagi aku... itulah UMNO.. itulah juga sikap BN... mereka ni kalau dah kentut dalam lif.. mereka akan diamkan jer.. walaupun waktu nak kentut (yang berbunyi) tu semua orang nampak dia angkat sikit kaki waktu nak kentut...
nak sorok apalagi...?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive