Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 26 July 2011

GAJI MINIMUM,JANGAN MUDAH TERPEDAYA..


Jangan cepat seronok dulu.....kerana 

Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang diluluskan baru-baru ini banyak menyimpan tanda tanya didalam fasal2 rang undang2 tersebut.

antara yang aku nak sebutkan disini adalah mengenai peranan penubuhan
MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA..

Jika kita lihat  dalam FASAL KEANGGOTAAN MAJLIS
perkara (1) menyatakan bahawa :- majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta...


dalam fasal PEMBATALAN PERLANTIKAN DAN PERLETAKAN JAWATAN pula..
perkara (1) menyatakan bahawa :- Menteri boleh,pada bila-bila masa,membatalkan perlantikan anggota majlis.


dalam bahagian III PERINTAH GAJI MINIMUM.
fasal MAJLIS HENDAKLAH MEMBUAT SYOR pula
perkara (1) menyatakan bahawa :- berdasarkan tindakan yang diambil di bawah seksyen 21,Majlis hendaklah pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Menteri,membuat syor kepada kerajaan melalui Menteri tentang perkara yang berikut.


dalam fasal PERINTAH GAJI MINIMUM pulaperkara (2)menyatakan bahawa,Menteri boleh,apabila diarahkan oleh kerajaan,melalui pemberitahuan warta,meminda atau membatalkan perintah gaji minimum.


korang perasan ke tak..?
aku perasan,memang aku perasan ler sebab rang undang-undang tu ada dengan aku ni ha...


apa yang aku nak korang perasan adalah,MAJLIS PERUNDANGAN GAJI NEGARA tu seolah-olah tak ada kuasa... semuanya,MENTERI..MENTERI...DAN MENTERI.. 


kalau dah semua menteri yang lantik dan membatalkan keanggotaan ahli majlis,itu menteri..ini menteri... semua menteri...apa gunanyer pengerusi Majlis..?
seolah-olah majlis ni berfungsi hanya di atas kertas sahaja...


jadi apakah jaminan gaji minimum ni akan dilaksanakan secara konsisten...? dan apakah pula jaminan ianya bukan sekadar penyedap semasa hendak PILIHANRAYA SAJA...?

kita hanya bimbangkan tentang rakyat sajer..
kalau betul telus tak mengapa ler...

tapi siapa yang lahir kat malaysia dan membesar dalam malaysia ni... memang akan faham sangat ler cara kerajaan kita ni...
itu yang kita bimbangkan tu....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive