Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 20 July 2011

BUKU JINGGA : PEMISAHAN KUASA.. BAIK UNTUK NEGARA DAN RAKYAT.


20 July 2011:

 hari ni nak serius sikit ler...
sebab hari ni aku sekali lagi ingin mengupas satu perkara dalam BUKU JINGGA...
bagi aku selain melayan karenah kebudak-budakan pencacai2 UMNO..
sesekali kena bincangkan juga sedikit sebanyak berkenaan BUKU JINGGA ni.. agar maklumat sampai kepada rakyat apakah itu BUKU JINGGA...

salah satu perenggan dalam BUKU JINGGA ni ada menyatakan mengenai PEMISAHAN KUASA.

pemisahan kuasa yang dimaksudkan adalah seperti 3 perkara yang berikut ini :~


i)  Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.


ii) Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.


iii) Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

  Jika diperhatikan akan ketiga-tiga perkara ini,maka kita dapat melihat bahawa ketiga-tiga perkara itu merupakan perkara yang sangat penting dalam negara kita...
3 perkara itu juga secara tidak langsung memberikan banyak faedah kepada rakyat jelata jika dilaksanakan.

sekiranyalah sistem kehakiman negara bergerak sebagai satu badan yang bebas dari kongkongan kuasa dari pihak-pihak tertentu,maka kita akan dapati penghakiman yang akan dibuat adalah adil dan bebas dari mana-mana pengaruh politik walaupun dari PM sekalipun... itulah yang banyak dilakukan oleh negara-negara yang maju.. (sekarang ni sistem kehakiman kita dipengaruhi oleh kerajaan BN)

MULA-MULA JADI MB KULIT GELAP..
PUTIH SELEPAS JADI MB..




















Jika SPR dan SPRM dipertanggungjawabkan dibawah Parlimen ,ianya adalah sesuatu yang amat baik bagi ketelusan badan-badan tersebut.. semua ahli parlimen akan dapat setiap laporan dan memahami apa yang berlaku dan tindakan yang diambil oleh badan-badan tersebut... 

(dalam situasi terkini dapatlah kita lihat betapa SPR seperti dikudakan oleh UMNO seperti dalam isu PENGUNDI HANTU dan juga PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN MENGUNDI..,manakala SPRM lak hanya melakukan siasatan terpilih... kes KHIR TOYO umpamanya,sesudah dia dah tak jadi MB,barulah SPRM berani nak siasat si budak hitam yang putih tu...)

ini adalah sesuatu yang harus dilakukan sekarang... namun adalah amat malang sekali perkara yang baik sebegini tidak mendapat perhatian oleh pemerintah sekarang ini iaitu BN...

PR telah memasukkan 3 perkara diatas tadi ke dalam program 100 hari pemerintahan PR di peringkat pusat..
sebagai rakyat yang menyokong dasar-dasar yang telus lagi adil di negara ini,maka adalah wajib bagi kita menyokong PR dalam pilihanraya akan datang dan juga menyokong cadangan2 program dalam BUKU JINGGA itu...

Janganlah jadi hipokrit kepada diri sendiri...
korang semua pun tahu bahawa BUKU JINGGA tu baik untuk rakyat...

jadi kepada siapa yang tak sokong tu memang bererti dia tak mahu sesuatu yang baik untuk rakyat teramai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive