Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 21 July 2011

BODYGUARD DSAI SAMAN POLIS DALAM CUBAAN MEMBUNUHNYA.


21 July 2011:

aku pun tak tahu ler apa nak jadi dengan penguatkuasa undang2 negara kita ni...
mereka sekarang seolah2 dah terlalu jauh dari undang2 biarpun mereka ni lah yang menguatkuasakan undang2...

dalam kes bodyguard DSAI,nasib baik beliau tidak terbunuh.... gas pemedih mata tu ditembak dalam keadaan aras ke muka manusia... sepatutnyer peraturan menembak,wajib kearah atas bukan pada paras ketinggian manusia....

sekarang ni bodyguard DSAI akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan
yang dialaminya ketikNONEa mengawal keselamatan DSAI itu..

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd yang masih lagi trauma...
ehh kalau aku pun aku trauma gak...
ye lah cuba bayangkan kalau peluru gas pemedih mata hari tu kena kat mata..?
tak ke hancur mata tu..? teruk betul le polis ni...


Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.


"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

korang bayangkan ditembak didalam kawasan yang tertutup..
aliran udara sangat perlahan dan asap yang terhasil dari gas pemedih mata tu akan terkepung didalam kawasan tu...

aku yang kena asap tu di kawasan terbuka pun rasa amat pedih gas tu..ni kan pulak jika kita terkepung bersama2 dgn gas pemedih mata tu....

lagi satu,kenapa polis tembak tepat keparas manusia..?
ingat polis, yang ko tembak tu adalah manusia..makhluk Allah juga...
kalau ada kematian macam mana..?
ke memang itu  tujuannyer..?
nasib baik sasaran mereka iaitu DSAI terselamat....
nasib baik....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive